Wanita hamil dipaksa mak mertua serah bayi kepada kakak ipar, alasannya sebab dah lama bergelar TTC

Wanita hamil dipaksa mak mertua serah bayi kepada kakak ipar, alasannya sebab dah lama bergelar TTC

Wanita hamil dipaksa mak mertua serah bayi kepada kakak ipar, alasannya sebab dah lama bergelar TTC. Seorang wanita dipaksa menyerahkan bayinya yang bakal lahir kepada kakak iparnya yang telah lama lama bergelar pejuang Trying To Conceive (TTC).

“Korang ada tak isu mak mentua nak anak korang? Suruh bagi kat kakak ipar, sebab kakak ipar dah lama kahwin tak ada anak.

“Aku penat la nak hadap benda ni. Dengan badan sakit bawa perut, lepas tu asyik kena paksa sebab konon kesian.

“Anak dia (kakak ipar) dah lama kahwin tak ada rezeki bayi lagi. Suami pula dok paksa bagi juga kat kakak dia dengan alasan kesian,” luah wanita itu.

Wanita hamil dipaksa mak mertua serah bayi kepada kakak ipar, alasannya sebab dah lama bergelar TTC

Dakwa wanita itu, kakak iparnya merancang untuk membeli barangan bayi meskipun dia belum memberi kata putus tentang masa depan bayi yang bakal dilahirkan.

Tambahnya, keluarga mentua mahu dia menyerahkan bayi yang akan lahir dan memintanya agar fokus menjaga anak sulung yang kini berumur dua tahun.

“Suruh kesian kat dia, tapi masing-masing tak ada rasa kesian pun dekat aku. Asyik paksa dan tanya sebab kandungan dah masuk minggu 32.

“Dok bising kakak ipar nak beli keperluan, barang bayi semua. Aku cakap tak nak bagi pun diaorang buat-buat tak faham. Aku ada anak umur dua tahun lebih.

“Mak mentua asyik ulang besarkan je la anak tu dulu. Nanti tahun depan beranak la lagi. Yang ni nak ambil jadi anak angkat je, dah besar nanti pandai la dia nak ikut mak kandung dia balik ke tidak.

“Korang rasa ada ke anak kandung yang nak datang balik kat kita bila tahu kita sendiri bagi dia kat orang? Paling-paling anak tu benci kat aku je la nanti.

“Aku sendiri pernah ada kat situasi ni, tapi mak aku memang rela hati la nak buang aku. Sampai sekarang pun dia tak mengaku aku anak. Penat,” luah wanita itu lagi.

Menurut pengadu, ibu mentuanya asyik ‘meratip’ soal itu tanpa memikirkan perasaannya yang sedang berbadan dua sehingga dia sendiri kering air mata memikirkan apa yang berlaku.

“enat nak hadap, penat nak nangis tiap masa. Kadang rasa nak meroyan. Suami pun asyik suruh bagi, konon suruh kerja. Stabilkan ekonomi sendiri dulu, fokus kat anak sulung.

“Faham tak perasaan aku? Anak weh anak. Anak ke-10 pun belum tentu aku ikhlas nak bagi. Aku dah la tak ada sesiapa. Aku ada suami je la tempat aku nak bergantung, nak bercerita. Bila jadi macam ni, entahlah.

“Nak lari pun tak tahu ke mana. Duit apa semua tak ada. Ini pun dah masuk minggu 31, satu apa pun suami tak belikan, sebab dia memang niat nak bagi kat kakak dia. Apa aku nak buat eh?” soal wanita itu.

Tertekan dengan hal itu serta masalah kewangan diri sendiri, pengadu berkata dia terfikir untuk menggugurkan kandungannya supaya hasrat keluarga mentuanya gagal menjadi kenyataan.

“Nak lari pun memang aku tak mampu la nak tanggung anak sendirian. Tapi bila jadi macam ni, aku stres sangat. Kadang rasa nak gugurkan je, biar sama-sama tak dapat, ” luahnya panjang lebar.

Baca Lagi:
Lelaki mati ditikam kerana minta makanan dengan peniaga foodtruck
Mahkamah Tinggi KL bebaskan Najib dan Arul Kanda berhubung kes 1MDB
Bantuan Khas Kewangan RM350 untuk bujang tahun 2023, semak sekarang
CATEGORIES