Wanita geli nak makan makanan sebab rider OKU yang hantar. Seorang wanita dikecam netizen kerana menghina orang kurang upaya (OKU) yang bekerja sebagai penghantar makanan.
Bukan hanya itu, wanita tersebut turut mengaku bahawa dia sudah lama ‘alergik’ terhadap golongan OKU, yang membuatkan dia rasa jijik.
Wanita itu enggan menerima pesanan minuman yang dihantar oleh seorang penghantar makanan yang OKU.
Dia menulis: “Saya takut minum minuman yang dihantar oleh orang kurang upaya [penghantar makanan] kerana saya rasa ia kotor.
“Sejujurnya, saya sudah alergik kepada mereka sejak saya masih muda.”
Dia kemudian menambah bahawa setiap kali dia pergi ke kedai makan, dia akan bertanya sama ada tukang masak atau cef di situ adalah OKU.
Jika mereka OKU, dia tidak akan memesan makanan atau makan di tempat tersebut.
Wanita itu menegaskan: “Sebelum ini, jika saya ke restoran, saya akan menghubungi terlebih dahulu untuk bertanya sama ada cef mereka OKU. Jika ya, saya tidak akan pergi ke sana.”
Post tersebut dimuat naik di Facebook dan menerima banyak kritikan. Setelah menerima banyak komen mengecam, dia tampil membuat permohonan maaf.
“Saya ingin meminta maaf kepada penghantar makanan atas insiden semalam. Saya juga meminta maaf kepada beliau atas kesulitan yang dihadapi.
“Semalam ibu saya telah meminta maaf kepada penghantar makanan tersebut secara peribadi. Dan hari ini giliran saya pula untuk meminta maaf.”
Ramai yang melabelkan wanita itu sebagai bermasalah dan suka memutar belitkan keadaan.
“Pattern yang sama, jangan cuba spin,” tegas salah seorang netizen yang marah.