Wanita duduk tepi jalan tawar khidmat untuk lelaki kesepian jadi ‘teman wanita tercantik’ serendah RM0.63 sen. Satu klip video tular di media sosial di China memaparkan wanita-wanita yang menawarkan perkhidmatan ‘teman wanita cantik untuk disewa’, lapor saluran berita Tribun News pada 1 Ogos 2024.
Perkhidmatan teman wanita sewaan ini telah menjadi fenomena baharu dan hangat diperkatakan di China. Di Bandar Shenzhen, wanita muda duduk di tepi jalan sambil mempamerkan tulisan.
Tawaran ini dibuka kepada lelaki yang kesepian dan memerlukan peneman atau perkhidmatan tertentu.
Dalam posting yang tular, beberapa wanita didakwa menawarkan perkhidmatan seperti pelukan, ciuman, atau sekadar berkawan sehari dengan harga yang mampu milik.
Salah seorang daripada mereka berkata bahawa pelukan berharga 1 yuan (RM0.63), ciuman 10 yuan (RM6.30), dan menemani pelanggan menonton wayang bersama berharga 15 yuan (RM9.39).
Terdapat juga wanita lain yang menawarkan perkhidmatan lain seperti membantu kerja rumah dengan harga 20 yuan (RM12) dan minum bersama dengan harga 40 yuan (RM24).
Rakaman juga memaparkan wanita-wanita ini menawarkan perkhidmatan tersebut di tepi jalan sambil mengenakan pakaian seksi untuk menarik pelanggan.
Bagaimanapun, mereka tetap dengan pendirian untuk tidak menerima sebarang permintaan seksual.