Wanita dodoi anak buaya dengan lagu ‘tepuk amai-amai’ curi tumpuan ramai

Wanita dodoi anak buaya dengan lagu ‘tepuk amai-amai’ curi tumpuan ramai

Wanita dodoi anak buaya dengan lagu ‘tepuk amai-amai’ curi tumpuan ramai. “Tengok mata dia macam dah rancang sesuatu,” adalah reaksi netizen setelah menonton video di TikTok yang memperlihatkan seorang wanita berinteraksi mesra dengan seekor anak buaya.

Video berdurasi 11 saat tersebut memperlihatkan anak buaya yang nampak sangat ceria ketika wanita itu menyanyikan lagu “Tepuk Amai-amai” sambil memegang kedua-dua tangan haiwan tersebut dan menepuk-nepuknya.

Reaksi lucu anak buaya terlihat jelas ketika mulutnya terbuka lebar seolah-olah sedang tersenyum dan terhibur dengan nyanyian wanita itu.

Wanita dodoi anak buaya dengan lagu 'tepuk amai-amai' curi tumpuan ramai

Di ruang komen, kebanyakan netizen meninggalkan komen-komen lucu dan ada yang memberi peringatan untuk berhati-hati.

“Dah besar nanti bunyi dia sayang,” kata @shafiqflayingduct8.

“Kak tu buaya kak bukan kucing,” kata @princessqueazzahra.

“Kau tunggu dia besar nanti kak, jangan kata minum susu, sekali dengan kau dia makan,” kata @nurulmover.

Video tersebut telah menjadi viral dengan 477.7 ribu tontonan dan menerima 29.7 ribu tanda suka.

@aznan7890 #fypsounds #fylシ #fyppppppppppppppppppppppp #fypvideoviratiktok #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fypvideoviral #fypp ♬ original sound – hadirrr7890

Baca Lagi:
Penyokong bola Selangor FC kena culik di stesen minyak NKVE dengan Ultras Perak FC
Dapat suami ‘terpaling’ sabar, isteri naik kepala siap mengaku janda bercinta dengan 10 lelaki
Isteri terkejut jumpa bukti suami ada hubungan dengan adik ipar dalam aplikasi ‘fake calculator’
CATEGORIES