Wanita dibunuh teman lelaki, perut ditoreh dan dibakar 2 kali kerana enggan sembunyikan kehamilan anak luar nikah

Wanita dibunuh teman lelaki, perut ditoreh dan dibakar 2 kali kerana enggan sembunyikan kehamilan anak luar nikah

Wanita dibunuh teman lelaki, perut ditoreh dan dibakar 2 kali kerana enggan sembunyikan kehamilan anak luar nikah. Kejam. Seorang lelaki sanggup menikam, menoreh dan membakar teman wanitanya di kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, Selangor pada 24 Mei, selepas berlaku perselisihan faham tentang kehamilan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, suspek berusia 20 tahun dipercayai membawa teman wanitanya menaiki sebuah kereta ke kebun kelapa sawit itu kira-kira jam 10 malam.

Menurut beliau, suspek yang juga lepasan sebuah kolej tiba di lokasi kejadian terlebih dahulu bertengkar dengan mangsa berusia 21 tahun.

Wanita dibunuh teman lelaki, perut ditoreh dan dibakar 2 kali kerana enggan sembunyikan kehamilan anak luar nikah

“Suspek mengenali mangsa sejak setahun lalu dipercayai naik berang apabila teman wanitanya enggan memenuhi permintaan untuk merahsiakan kehamilan dipercayai hasil hubungan luar nikah,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Iltizam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

Agus Salim berkata, sebelum kejadian, berlaku pergelutan antara kedua-duanya hingga lelaki itu bertindak memukul mangsa sehingga mati.

Tambah beliau, suspek turut membakar mayat mangsa sebelum pulang ke rumah.

Katanya lagi, namun suspek datang semula ke tempat kejadian keesokan harinya.

“Suspek yang berasa tidak sedap hati kemudian datang semula ke tempat kejadian dengan motosikalnya kira-kira jam 7 pagi dan sekali lagi bertindak membakar mayat mangsa menggunakan minyak petrol,” kata beliau.

Baca Lagi:
Gara-gara telefon bimbit dirampas, pelajar perempuan bakar asrama
Di hina kerja kilang 12 jam, sekali bila aku tunjuk ‘slip gaji’ semua terkejut
Beratur penduduk kampung mahu jual tanah setelah dapat tahu harga cecah hampir RM3 juta
CATEGORIES