Wanita dedah kena cerai lebih 25 kali, tapi bila masuk mahkamah suami tak pernah mengaku

Wanita dedah kena cerai lebih 25 kali, tapi bila masuk mahkamah suami tak pernah mengaku

Wanita dedah kena cerai lebih 25 kali, tapi bila masuk mahkamah suami tak pernah mengaku. Bila dia tengok nasi lemak saya maju dia pun nak buat bisnes kongsi dengan kawan. Modal minta pada saya. Memang rezeki dia dan kawannya, bisnes menjadi. Masa susah saya tempat dia minta duit, bila dah berduit, dia buat saya macam sampah. Saya kena cerai taIak 3..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan semua pembaca. Nama saya Norsalamah, dan ingin kongsikan kisah hidup rumahtangga saya dengan suami. Kebanyakan lelaki, kalau pun bukan semua, adalah satu golongan manusia yang somb0ng, b0ngkak, eg0 dan mementingkan diri sendiri.

Mereka akan bercakap lembut dan tak banyak soal ketika dia tidak berduit, tetapi kalau dia tengah Ioaded, dia pandang isterinya tak lebih macam sampah, dan dilayannya macam peminta sedekah. Saya tak cakap semua lelaki, tetapi tentang suami saya sendiri.

Dan tak salah kalau saya katakan, inilah perangai ramai suami apabila dia senang dia somb0ng, bila dia susah dan terduit baru dia nampak kewujudan isterinya, itu pun bukan sepenuh hati, tetapi kerana dia terdesak dan tak ada tempat yang boleh membantunya.

Wanita dedah kena cerai lebih 25 kali, tapi bila masuk mahkamah suami tak pernah mengaku

Percaya tak kalau saya katakan bahawa saya telah diceraikan lebih 25 kali, tetapi sekali pun dia tak pernah mengaku bahawa dia telah ceraikan saya. Bila saya mengadu ke mahkamah dia tak pernah hadir dan tak mengaku.

Kalau saya kira bab jatuhkan taIak ini dah naik bosan, bila marah bila tak ikut cakapnya, dia jatuhkan taIak, macam – macam cara dia jatuhkan taIak. Hinggakan pernah dia ceraikan saya dengan taIak 3 ketika marah. Tentulah saya terk3jut.

Kali pertama jatuhkan taIak saya tanya orang lebih arif, saya pun disuruh buat pengaduan sebab perbuatan suami jatuhkan taIak ini bukan kerja main – main, boleh buat kita berd0sa besar jika kita bersubahat dan mendiamkan diri.

Maka kita pun buatlah pengaduan kepada pejabat agama, ketika itu belum ada mahkamah. Ia itu lebih 10 tahun lalu, pegawai mahkamah panggil dia datang suruh buat pengesahan. Tapi dia tak pedulikan, dia tetap balik ke rumah macam biasa.

Tentulah saya nasihatkan dia pergi pejabat agama, paling tidak tanya pegawai tersebut apa patut dibuat, supaya jelas dan tak ragu – ragu. Akhirnya, entah siapa yang nasihatkan dia, dia pergiIah jumpa pegawai di pejabat agama, tetapi dia nafikan pernah menyebut perkataan dia telah ceraikan saya, bila ditanya lagi dia minta saya tunjuk bukti, dan minta saya bawa saksi.

Dia jatuhkan taIak depan saya dalam bilik ketika anak – anak tak ada, tak ada jiran atau saud4ra mara ketika itu, memanglah tak ada saksi, tetapi telinga saya belum pek4k, saya berkeras juga bahawa dia memang jatuhkan taIak pada saya.

Bayangkan. Kisah itu habis di situ sahaja. Tidak ada keputvsan tentang taIak tersebut. Tapi saya tak puas hati, saya tak mahu berd0sa. Tindakan saya, saya buat hal sendiri. Kerana saya sedar saya sudah diceraikan. Saya rasa semua ini berpunca daripada rasa tidak puas hati dia terhadap saya.

Dia sentiasa mencari salah saya. Sedangkan dia tahu kerja saya pakai shift, tak sama macam dia, tetapi mengapa dia ambil saya juga jadi isterinya. Mulanya kata tak jadi masalah, rupanya mulut aja kata tak ada masalah, dalam hati dia tak suka saya kerja kilang.

Dulu masa mula kahwin, dia izinkan saya bekerja, sebab dia tahu dia tak mampu, harapannya saya boleh bantu dia. Ok lah. Tetapi selepas beberapa tahun kahwin dan dah mula eg0, lupa pada janjinya, dia suruh saya berhenti, tapi saya tolak, kerana gajinya tak seberapa, setiap bulan sering tak cukup duit. Kalau saya tak bantu tentu lagi susah.

Namun kerana selalu sangat mendesak, saya terp4ksa cari jalan buat bisnes sampingan, hasrat saya jika perniagaan ini untung, maka saya akan berhenti kerja. Dengan izin Allah bisnes ada sambutan. Walaupun saya berniaga sambilan ketika bekerja di kilang.

Sekali lagi suami cab4r suruh berhenti kerja, katanya dia akan beri saya RM500 sebulan kalau saya berhenti kerja, katanya kerja kilang menyusahkan dia sebab tak tentu makan minum dan anak – anak terbiar, sebab dia memang tak suka jaga anak jika saya kerja malam.

Akhirnya saya nekad berhenti, demi rumahtangga supaya aman dan teratur. MaIangnya lepas berhenti kerja. Dia tak beri makan minum kami anak beranak secukupnya. Memang dia tak cukup duit. Itu yang saya bimbangkan.

Bila minta duit dia balik duduk rumah emaknya beberapa hari supaya saya tak bising. Kebetulan emaknya tinggal beberapa batu dari rumah sewa kami. Hidup ketika itu memang susah, bisnes di kilang terbantut sebab saya sudah berhenti kerja.

Kerana tak tahan hidup susah, saya buat bisnes jual nasi lemak depan rumah. Dengan usaha dan izin Allah, bisnes menjadi, jualan meningkat walaupun makan masa lama, tetapi saya bersyukur, sebab dengan hasil jualan bolehlah kami meneruskan hidup anak beranak yang sem4kin besar.

Bila saya ada duit dialah yang minta pinjam. Kalau tak dapat dia meng4muk dan perkataan yang keluar dari mulutnya “aku ceraikan kau” itu je lah jadi senj4t4nya. Saya tak takut kena cerai, sebab rasanya dah lama saya kena cerai, tetapi dia tak tahu malu masih balik rumah minta makan minum disediakan.

Nak jadikan cerita bisnes nasi lemak saya maju, dari seg4ntang naik sampai 3 g4ntang. Bila bisnes maju tentulah saya sibuk. Tetapi peliknya macam mana saya sibuk pun dia tak marah. Sebab saya tak mintak duit dia, dan dia boleh ambil duit saya.

Lebih teruk, semua urusan makan minum anak – anak termasuk dia jadi tanggungjawab saya. Dia lepas tangan. Kalau saya tak bagi duit dia meng4muk. Boleh jadi per4ng besar, dia tunjuk muka b3ngis depan gerai saya. Memang meny4kitkan hati.

Sejak berniaga saya tak boleh minta duit dia walaupun untuk belanja makan minum dan sekolah anak – anak. Malah saya pula jadi tempat dia berg4ntung selesaikan hutang dan kegunaan peribadinya. Hinggakan pakaiannya dia pun saya kena tanggung.

Tak boleh banyak soal, kalau tanya juga dia meng4muk. Mula salahkan saya konon tak layan makan minumnya. Saya pernah kata bahawa dari segi hukvm kita dah lama bercerai, tetapi dia tetap nafikan. Bila dia tengok nasi lemak saya maju dia pun nak buat bisnes kongsi dengan kawan.

Modal minta pada saya. Memang rezeki dia dan kawannya, bisnes menjadi. Bila berjaya, dia ajak pindah duduk dekat rumah emaknya. Katanya dia akan buat rumah untuk kami. Saya ikut sahaja, kalau betul buat rumah niat saya untuk anak – anak juga.

Tanpa saya fikirkan benda – benda yang tak baik. Lagi pun saya tengah sibuk bisnes dan ada beberapa orang pekerja. Dia ajak saya kongsi buat rumah. Katanya tanah dia beli dari emaknya, rumah saya buat. Tetapi saya tak tahu dia niat tersembunyi.

Rupanya tanah dapat percuma pemberian emaknya. Dia suruh saya bayar duit rumah sebab dia tahu saya ada simpanan. Bila duduk rumah baru bukan menyenangkan, sebaliknya lebih banyak menyusahkan hati saya.

Gangguan datang dari emak dan adik beradiknya satu demi satu. Ditambah pulak ketika itu bisnesnya ok dia lupa diri, kalau pasal keluar rumah beberapa hari tak balik saya tak boleh tanya. Sebab dia tahu urusan rumah saya bereskan.

Ketika itulah bila saya buat silap sikit dia mula h1na dan kutuk saya macam – macam, antaranya; ‘saya bukan isteri yang sesuai baginya,’ ‘menyesal kahwin dengan saya tak ikut pilihan ibunya.’ Dan lebih meny4kitkan hati bila dia kata, saya bukan isteri yang baik, emak dia pun tak sukakan saya.

Lebih meny4kitkan hati bila dia kata kalau ikutkan nasihat emaknya, dah lama dia ceraikan saya. Katanya emaknya tak sukakan saya sejak awal kami kahwin. Ya Allah hanya Allah sahaja yang tahu betapa h4ncurnya hati saya ketika itu.

Masa susah saya tempat dia minta duit, bila dah berduit, dia buat saya macam sampah. Ketika itu hati saya pun s4kit, saya Iawan berg4duh, apa lagi dia ceraikan saya taIak 3. Ketika itu juga saya hilang sabar, saya terus bungkus pakaian tinggalkan rumah duduk rumah adik, sebelum dapat rumah sewa.

Atas nasihat juga saya bawa kes cerai taIak 3 ke mahkamah di negeri saya duduk dahulu. MaIangnya bila kita bawa ke mahkamah dia nafikan ceraikan saya taIak 3, dia boleh buat muka tebal tak mengaku, kemudian minta saya bawa saksi dan minta saya tunjuk bukti.

Memang saya tak ada bukti, tetapi dia lafazkan cerai depan muka saya, sambil mengh1na dan mengutuk saya macam – macam benda yang kita tak terfikir dia boleh lahirkan perkataan yang sungguh tidak berperi kemanusiaan itu.

Pada saya ini semua berpunca kerana cara hidup dia sendiri yang berubah setelah senang. Bila susah dia kenal saya isterinya, bila dah senang dia pandang saya macam sampah. Saya nekad tinggalkan bisnes pada anak biarlah dia teruskan.

Sebab saya tak boleh bersabar lagi, dah banyak kali saya diceraikan. Setiap kali ke mahkamah dia nafikan. Sekarang dia nak nafikan saya tak peduli. Saya dah pindah KL. Tetapi dia memang muka tak malu, masih datang cari saya.

Saya dapat tahu sekarang bisnes dia dah merosot dah pecah kongsi. Bila hidup tak tentu hala mulalah cari tempat berg4ntung. Ketika anak di rumah dia boleh masuk, sebab anak tak sampai hati, beri dia masuk. Tetapi bila saya sendirian, saya tak izinkan.

Inilah cara mengajar dia supaya jangan jadi eg0, somb0ng dan b0ngkak. Masa emaknya hidup dia boleh balik duduk rumah emaknya, bila emak dah meninggaI baru dia tahu langit itu tinggi. Mana nak pergi. Rumah yang saya buat dulu pun dia tak duduk lagi, mugkin duduk dengan isteri barunya, rumah pun dah semak macam hutan.

Kawan pernah beritahu saya dia dah lama kahwin lain, tetapi dia nafikan. Tapi dengan kawan – kawan dia kenalkan wanita itu isterinya. Saya tak pernah marah atau Iarang dia kahwin, sebab pada saya dia bukan suami saya sejak pertama kali dia jatuhkan taIak pada saya.

Baca Lagi:
Tudung bawal Che Ta laku keras, tak sangka kurang 2 jam habis 20,000 helai
Rider Foodpanda dapat order hantar Starbucks, terkejut dapat 2 angpao dari pemuda cina
7 mangkuk cendol durian di Melaka berharga RM279,30
CATEGORIES