Wanita dedah duit RM14,360 kena curi dalam bank tanpa TAC

cbe50dd1 7d2c 43de 8e87 2d4794f63fa4 e1654921124360

Wanita dedah duit RM14,360 kena curi dalam bank tanpa TAC.

Seorang wanita kehilangan wang simpanannya di sebuah bank dipercayai akibat digodam.

Menerusi perkongsian mangsa di Facebook, Mia Jia Xin menceritakan bagaimana dia mengalami kerugian lebih RM14,000 hanya dalam tempoh satu minit.

Menurut wanita berusia 29 tahun ini, dua transaksi berjaya dilakukan terhadap wang simpanannya yang dipindahkan ke akaun tidak dikenali walau tanpa persetujuannya dalam kejadian pada 6 Jun lalu.

“Hari ini akaun bank saya digodam. Terdapat dua transaksi tanpa kebenaran saya dengan jumlah keseluruhan RM14,000 telah dipindahkan dalam masa 1 minit kepada orang yang tidak dikenali tanpa persetujuan saya.

“Daripada tangkap layar ini anda boleh tengok penggodam berjaya mengubah had pengeluaran harian tanpa anda perlu berikan nombor TAC untuk memindahkan jumlah wang yang mereka mahukan.

“Saya sendiri ragu-ragu jika sebenarnya masih perlukan TAC (Transaction Authorisation Code) sebab saya pernah tengok orang lain buat laporan mengenai kehilangan duit walaupun tiada sebarang mesej TAC diterima,” ujarnya dalam perkongsian yang tular.

Wanita dedah duit RM14,360 kena curi dalam bank tanpa TAC

Mia turut berkongsi tangkap layar menunjukkan transaksi pemindahan DuitNow pertama dibuat pada jam 8.09 malam melibatkan jumlah wang sebanyak RM9,000 kepada Nasri Ali dan pada jam 8.10 malam, sebanyak RM5,360 lagi telah ‘berjaya’ dicuri.

Dia segera menghubungi bank untuk membuat aduan berkenaan kejadian pada malam itu sebelum dihubungi oleh pengurus kes pada jam 8.40 malam.

“Saya terus menghubungi bank setelah menerima mesej tersebut walaupun talian agak sibuk. Saya percaya, jika penggodam cukup cepat buat kerja, duit telah dipindahkan dari akaun awal ke akaun lain.

“Menurut pihak pengurus kes, tiada jaminan saya akan dapat duit itu semula, walaupun saya segera melaporkan isu tersebut dan mengesahkan transaksi dibuat tanpa kebenaran saya sendiri.

“Dari apa yang saya faham, pihak bank cuba beritahu saya bahawa pengguna perlu ambil risiko sendiri apabila menyimpan dengan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Mia juga menjelaskan bahawa dia tidak menekan mana-mana pautan pancingan data (phishing) atau memuat turun sebarang perisian atau aplikasi meragukan ke telefonnya.

“Satu-satunya perkara yang saya buat sebelum digodam, saya menggunakan Aplikasi Perbankan Dalam Talian (PBE) untuk membayar ansuran kad kredit.

“Apa yang berlaku telah menimbulkan rasa tidak selesa dan kecewa sebab kes transaksi duit tanpa kebenaran akan mengambil masa dua minggu untuk disiasat tanpa jaminan wang saya dapat dikembalikan,” jelas Mia.

Wanita dedah duit RM14,360 kena curi dalam bank tanpa TAC

Untuk rekod, posting Mia di Facebook telah meraih lebih 2,000 perkongsian semula oleh pelayar lain yang turut bersimpati dan terkejut dengan nasib malangnya ini.

Melihat kepada komen netizen lain, masalah sama seperti wanita ini sudah menimpa pemegang akaun yang lain juga sebelum ini.

Baca Lagi:

15 rakyat Malaysia cedera di Muzdalifah, bas terbabas

Anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang dibunuh, ditemui semula selepas 40 tahun

Sajat buat hal lagi, kali ni tayang body di TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *