Wanita cedera dirempuh kereta di kaunter stesen minyak, pemandu tersalah tekan pedal minyak

Wanita cedera dirempuh kereta di kaunter stesen minyak, pemandu tersalah tekan pedal minyak

Wanita cedera dirempuh kereta di kaunter stesen minyak, pemandu tersalah tekan pedal minyak.

Akibat tersilap tekan pedal kenderaan, seorang wanita yang tidak memiliki lesen memandu merempuh seorang wanita lain yang kebetulan berada di kaunter pembayaran di sebuah stesen minyak di Jalan Sin On baru-baru ini.

Rakaman video kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.35 pagi pada Ahad itu tular dalam laman media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, wanita yang merupakan pejalan kaki berusia 52 tahun itu mengalami luka ringan pada bahagian kaki sebelah kanan manakala pemandu kenderaan Proton Exora itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Walau bagaimanapun, kenderaan yang dipandu mengalami kerosakan bumper depan dan tayar depan sebelah kiri pecah.

Wanita cedera dirempuh kereta di kaunter stesen minyak, pemandu tersalah tekan pedal minyak

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, wanita bukan warga Malaysia berusia 54 tahun itu difahamkan singgah di stesen minyak semasa dalam perjalanan dari Kampung Ranggu menuju ke Kampung Muhibbah BAL.

“Setelah selesai mengisi minyak, wanita tersebut telah menghidupkan enjin kenderaan dan menekan pedal minyak yang disangka pedal brek.

“Ia menyebabkan kereta tersebut meluncur laju sehingga merempuh dinding kaunter bangunan Shell dan terlanggar seorang perempuan yang kebetulan berada di kaunter pembayaran.

“Akibat kemalangan tersebut, dinding bangunan di bahagian kaunter pembayaran turut mengalami keretakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jasmin berkata, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Justeru, pihak Polis menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih mengenai insiden berkenaan.

Dalam rakaman video berdurasi 31 saat itu menunjukkan kenderaan Proton Exora meluncur laju ke hadapan hingga merempuh seorang wanita yang berada di kaunter pembayaran di stesen minyak tersebut.

Baca Lagi:

TERKINI : Kerajaan setuju mansuh hukuman mati mandatori

[VIDEO] Cara nak dapatkan towing secara percuma jika kereta anda rosak di tepi jalan

‘Ubat pengasih’ dijangka berada dalam pasaran tiga hingga lima tahun lagi

CATEGORIES