Wanita bunuh diri dalam bilik hotel selepas didakwa tertekan bakal suami minta duit hantaran RM150,000

Wanita bunuh diri dalam bilik hotel selepas didakwa tertekan bakal suami minta duit hantaran RM150,000

Wanita bunuh diri dalam bilik hotel selepas didakwa tertekan bakal suami minta duit hantaran RM150,000. Bakal mendirikan rumah tangga Januari 2024, seorang wanita berusia 25 tahun ditemui terkulai dalam sebuah almari di bilik pusat penginapan OYO pada 13 November lalu.

Waktu check-out sudah 2 jam berlalu, namun pekerja hotel merasa pelik Shintia Indah Permatasari masih tidak keluar lagi. Kerana itulah mereka bertindak masuk menerusi tingkap untuk memeriksa keadaan Shintia.

Polis sahkan tiada sebarang unsur jenayah

Wanita bunuh diri dalam bilik hotel selepas didakwa tertekan bakal suami minta duit hantaran RM150,000

Terkejut dengan penemuan itu, mereka segera menelefon polis bagi mendapatkan bantuan lanjut. Setelah post mortem dijalankan, tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuh Allahyarhamah Shintia. Pihak polis yang tidak mengesan apa-apa unsur jenayah mencurigakan justeru yakin kemungkinan besar wanita terbabit menamatkan hayat diri sendiri.

Sudah mempersiapkan barang untuk majlis nikah yang seharusnya berlangsung tahun hadapan

Selain mempunyai foto pre-wedding, Shintia dikatakan sudah mempersiapkan goodies yang bakal diberikan kepada tetamunya ketika hari pernikahan berlangsung nanti. Siapa sangka, harapan mengadakan majlis yang berbaki kurang 2 bulan itu tidak kesampaian. Di samping itu, terpadat beberapa sumber yang menyatakan punca kejadian itu.

Wanita bunuh diri dalam bilik hotel selepas didakwa tertekan bakal suami minta duit hantaran RM150,000

Didakwa tertekan setelah pihak lelaki minta hantaran bernilai besar

Selain dipercayai tidak jadi menikah gara-gara isu restu keluarga, salah seorang individu yang datang ke upacara pengebumian mendakwa pihak keluarga lelaki meminta Shintia menyediakan wang hantaran sebanyak RM150,000.

Difahamkan dalam adat daerah Pariaman (Padang, Indonesia) khusus di kalangan masyarakat Bugis, memang perempuan yang harus menyediakan hantaran buat lelaki. Namun ia juga harus dipersetujui oleh kedua-dua pihak agar tiada sesiapa merasa terbeban.

Baca Lagi:
Keluarga Along Spoon kunci mulut selepas pembunuh dibebaskan dari penjara
Perkhidmatan seks percuma untuk 20 pelumba F1 sebelum pelumbaan Grand Prix Las Vegas
“Hobi kami mahal, otak kami murah”- Geng basikal T20 selamba minta pemandu potong ‘double line’ supaya tak ganggu mereka
CATEGORIES