Wanita ‘bulan sabit merah’ buat aksi jelik dengan pasangan dalam kereta ditahan

Wanita ‘bulan sabit merah’ buat aksi jelik dengan pasangan dalam kereta ditahan

Wanita ‘bulan sabit merah’ buat aksi jelik dengan pasangan dalam kereta ditahan. Pasangan kekasih yang tular di media sosial kerana melakukan perbuatan jelik dalam kenderaan ditahan polis di dua lokasi berbeza, pada petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, rakaman kejadian tersebut berlaku pada jam 3.03 petang, 29 Mac lalu dan tular di TikTok baru-baru ini.

Jelasnya, penahanan membabitkan seorang lelaki berusia 22 tahun dan seorang perempuan berusia 17 tahun.

Wanita 'bulan sabit merah' buat aksi jelik dengan pasangan dalam kereta ditahan

“Polis telah menjalankan siasatan dan mendapati lokasi kejadian di kawasan letak kenderaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang.
“Bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek telah ditahan secara berasingan, masing-masing di Taman Johor Jaya dan Taman Kota Masai antara jam 4.15 petang hingga 5.15 petang Khamis,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambah Mohd Sohaimi, hasil semakan mendapati kedua-dua warganegara tempatan itu tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.

“Dalam operasi tersebut, polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Perodua Axia berwarna merah dan sehelai t-shirt berwarna merah dan putih.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara selama tempoh dua tahun,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang awam agar tidak melakukan perbuatan yang melanggar norma kehidupan dan insan negara ini.

Sebelum itu, tular satu rakaman berdurasi 23 saat yang merakamkan perbualan jelik kedua-dua individu berkenaan di dalam sebuah kenderaan.

Baca Lagi:
Sempat buat video ‘sweet’ kucup dahi sebelum masuk mahkamah syariah untuk tamatkan ikatan sebagai suami isteri
Bekas kakitangan Kementerian Kewangan sorok wang RM10.9 juta dalam peti simpanan
Awie akhirnya dedah hubungan sebenar dengan Erra Fazira selepas tular gambar bersalam
CATEGORIES