Wanita buat seks dengan lelaki OKU siap ‘video call’ dengan kekasih

Photo of author

By Joe

Wanita buat seks dengan lelaki OKU siap ‘video call’ dengan kekasih. Seorang wanita dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan berulang kali mengadakan hubungan seksual dengan orang kurang upaya (OKU) intelek tanpa persetujuan lelaki itu pada 2022.

Selain itu, dia juga didakwa membuat panggilan video kepada teman lelakinya ketika melakukan kesalahan yang didakwa tersebut.

Hubungan wanita warga Indonesia itu dengan lelaki OKU yang menjadi mangsanya bagaimanapun tidak dipaparkan dalam dokumen mahkamah.

Wanita buat seks dengan lelaki OKU siap 'video call' dengan kekasih

Wanita itu berdepan tiga dakwaan melakukan hubungan seksual dengan lelaki OKU serta didakwa atas dua pertuduhan ‘voyeurisme’.
Voyeurisme adalah tindakan menonton orang lain melakukan aktiviti seks untuk keseronokan atau kepuasan seks sendiri.

Perintah ‘gag order’ atau larangan bercakap mengenai identiti lelaki itu dikeluarkan, manakala wanita berkenaan tidak dinamakan kerana mendedahkan identitinya boleh menyebabkan lelaki itu dikenali.

Wanita itu berada di flat Bukit Panjang di Singapura bersama lelaki OKU intelek itu antara Januari dan Februari 2022, apabila dia didakwa melakukan seks oral tanpa persetujuannya.

Bukan itu sahaja, dia juga dikatakan membenarkan teman lelakinya memerhatikannya melakukan perbuatan yang didakwa itu melalui panggilan video dengannya menerusi telefon bimbit.

Selain itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama membabitkan mangsa sehingga Ogos 2022.

Dia dijangka mengaku bersalah apabila dihadapkan ke mahkamah pada 7 Ogos depan.

Baca Lagi:
Rupanya ini punca kenapa semut suka bersarang dalam soket suis
“Mak aku umur 70 tahun masih lagi cuba mahu curang, hampir seumur hidup dia derhaka dengan ayah”
Dunia terbalik, pasangan tangkap khalwat dibela netizen, pengawal disalahkan