Wanita buat laporan polis tentang pemandu mabuk, tak sangka diperlekeh oleh anggota polis

Photo of author

By Joe

Wanita buat laporan polis tentang pemandu mabuk, tak sangka diperlekeh oleh anggota polis. Seorang wanita yang ternampak pemandu lelaki dalam keadaan mabuk sehingga melanggar pembahagi jalan membuat keputusan melaporkan kejadian itu di balai polis.

Namun, anggota polis bertugas didakwa memperlehkannya dan mengatakan laporan tidak perlu dibuat kerana dia bukanlah mangsa kemalangan akibat pemandu mabuk itu.

Dia ada langgar awak ke? Dah tak langgar kenapa perlu buat laporan?”

Wanita buat laporan polis tentang pemandu mabuk, tak sangka diperlekeh oleh anggota polis

Kejadian itu berlaku di Ipoh dan selepas perkongsiannya tular di Twitter, ia menjadi bualan bualan hangat warganet dan rata-ratanya memberikan pendapat masing-masing tentang hal itu.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata pihaknya akan memulakan siasatan dalaman berhubung dakwaan wanita itu dan akan dirujuk kepada Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Polis memandang serius mengenai aduan ini dan amat menghargai maklum balas yang diberikan oleh orang awam itu mengenai mutu perkhidmatan kaunter aduan balai polis.

Dalam pada itu, polis turut menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi terhadap isu berkenaan sementara menunggu hasil siasatan.

SUMBER

Baca Lagi:
Selama ni hidup baru tahu fungsi sebenar lubang pada bekas makanan plastik, sungguh tak sangka ini cara gunanya
“Papa orang terkenal kuat agama, tanpa sedar mama yang ‘hantar’ papa pergi kahwin baru dengan alasan nak pergi ceramah”
“Orang tua memang macam tu kalau kau bukan anak kesayangan”, wanita sedih dapat tahu mak selalu cakap belakang depan adik beradik