Wanita bertudung tawar diri jadi isteri no 2 dan nak bagi zuriat, Izzue Islam mohon jaga hati isteri

Wanita bertudung tawar diri jadi isteri no 2 dan nak bagi zuriat, Izzue Islam mohon jaga hati isteri

Wanita bertudung tawar diri jadi isteri no 2 dan nak bagi zuriat, Izzue Islam mohon jaga hati isteri. Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Izzue Islam memaklumkan bahawa Izzue Islam memaklumkan dia akan menjalani rawatan IVF hujung tahun ini atau pertengahan tahun depan disebabkan jadualnya sebagai artis sangat padat.

Menerusi satu temu bual bersama Melodi, ditanya mengenai rancangan untuk mengambil anak angkat, Izzue berkata dia dan isteri, Awin Nurin masih ingin berusaha sendiri.

@melodiberapi Ada seorang perempuan datang dan tawar diri nak jadi isteri no2 dan nak bg anak untuk izzue.. ehhh zaman sekarang mmg ramai ke orang berani erkk… min pun takutttt!!! 😣😣 #melodi #tv3 #izzueislam #fypシ #sensasi #panas #fypage #kabinet #malaysia #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Melodi

“Dalam masa sama, ada juga yang mesej DM saya nak beri bayi mereka, tapi kami respon dengan meminta maaf sebab belum bersedia,” katanya.

Wanita bertudung tawar diri jadi isteri no 2 dan nak bagi zuriat, Izzue Islam mohon jaga hati isteri

Lebih mengejutkan, Izzue turut berkongsikan kisah dimana ada wanita tidak dikenali yang berani tampil dihadapan mereka mencuba nasib untuk menjadi isteri kedua dan menawarkan untuk memberikan zuriat.

“Benda ni berlaku pertengahan tahun ini, saya dan isteri ada sekali dan ada seorang perempuan datang jumpa kami, ambil gambar dan borak-borak.

“Tiba tiba dia tanya isteri saya “you kalau you okay, I boleh jadi nombor dua”, saya tergamam sebentar ingat salah bual ke apa ke. Jadi kami ingat bergurau tapi rupanya serius.

“Dia kata kalau betul saya mahukan zuriat, dia boleh jadi isteri kedua, dia boleh beri zuriat. Saya dan isteri terkedu. Kami tak tahu nak respon apa ketika itu,” katanya.

Izzue berkata dia mengakui marah dengan tindakan individu tersebut yang tidak menjaga sensitiviti isterinya serta menyentuh isu privasi hal rumah tangganya.

“Saya tak pernah jumpa sebelum ini. Pertamanya, saya tak cam wajah dia tapi cara borak itu memang macam dah kenal lama. Cara dia tegur saya dan isteri sangat ramah.

“Tapi bila dia cakap macam itu, saya marah sebenarnya. Saya tak nafikan, memang ada kesan. Tolong jaga hati isteri saya, awak perempuan, bertudung pula, tak manis seorang perempuan buat begitu pada isteri dan suami orang,” katanya.

Baca Lagi:
Lebih 630 pengusaha ladang ayam daging kontrak dihambat hutang keliling pinggang
Buah paling mahal di dunia, harga dia boleh beli sebuah rumah
Gaji Hakim di Malaysia RM45,150.00 sebulan tak termasuk 20 senarai kemudahan, boleh rambang mata tengok angka dan ayat free ni
CATEGORIES