Wanita berdepan detik cemas, lelaki acu parang cuba masuk kereta semasa berhenti di lampu isyarat

Wanita berdepan detik cemas, lelaki acu parang cuba masuk kereta semasa berhenti di lampu isyarat

Wanita berdepan detik cemas, lelaki acu parang cuba masuk kereta semasa berhenti di lampu isyarat. Seorang wanita di negeri Queensland, Australia berdepan detik cemas apabila keretanya cuba dirampas individu menakutkan semasa berhenti di sebuah persimpangan lampu isyarat, lapor akhbar The Sun semalam.

Mangsa, Ash Massacre berkata, lelaki itu memegang sebilah parang dan mengetuk cermin tingkap keretanya dalam usaha memasuki kenderaan tersebut.

Massacre sempat merakam kejadian tersebut sambil suspek beberapa kali melibas-libas parang sambil tersenyum sinis ke arah kamera.

Selepas gagal membuka pintu, suspek akhirnya berlalu pergi dengan senjata tajam masih berada di tangannya.

Wanita berdepan detik cemas, lelaki acu parang cuba masuk kereta semasa berhenti di lampu isyarat

“Ia benar-benar satu situasi yang menakutkan.

“Saya tergamam dan terkejut kerana perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini,” tulisnya pada video yang dimuat naik di TikTok.

Polis kemudian dihubungi ke tempat kejadian dan seorang lelaki berusia 21 tahun telah ditahan.

Dia telah didakwa kerana mengancam keganasan, cuba memasuki kenderaan bermotor secara tidak sah dan menghalang polis.

Polis Queensland berkata, suspek akan dibicara di mahkamah pada Disember ini.

@brisbaneincidentalerts A man has besn filmed trying to carjack people by scaring them with a machete in Deception Bay this week! Video: Rachel Massey. #b#brisbaneq#queenslanda#australiai#incident ♬ original sound – Brisbane Incident Alerts

Baca Lagi:
5,000 penduduk di Lipis berubah taraf hidup selepas jumpa lubuk emas
Lelaki ini suka kutip daun kering, rupanya ini kelebihan daun kering siap boleh kaut untung yang banyak
Akhirnya terjawab kes lelaki pukul wanita, rupanya tinggalkan emak tenat sendirian dekat rumah keluar dengan jantan
CATEGORIES