Wanita bercerai selepas 3 bulan kahwin, suami kantoi suka kaum sejenis

Wanita bercerai selepas 3 bulan kahwin, suami kantoi suka kaum sejenis

Wanita bercerai selepas 3 bulan kahwin, suami kantoi suka kaum sejenis. Benarlah orang kata, sebelum mendirikan rumah tangga, kita perlu mengenali latar belakang pasangan kita terlebih dahulu. Tempoh perkenalan tersebut agak penting bagi memastikan setiap pasangan memahami sikap antara satu sama lain.

Tiga bulan kahwin, dah cerai

Baru-baru ini, seorang TikTokers dari Indonesia berkongsi pengalaman rakan baiknya yang bercerai selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga. Meskipun rakannya dan suami bercinta dalam satu tempoh yang agak lama namun ianya tidak menjanjikan hubungan perkahwinan kekal bahagia.

Wanita bercerai selepas 3 bulan kahwin, suami kantoi suka kaum sejenis

Kawan aku baru nikah tiga bulan dah cerai. Padahal bercinta lama, sekitar dua ke tiga tahun.

Tambah wanita ini lagi, suami rakannya itu seorang yang sangat alim malah lelaki tersebut sangat menjaga batas pergaulan ketika bercinta. Malah dia dilihat seakan tidak mempunyai nafsu terhadap wanita. Namun siapa sangka, ternyata ada sebab mengapa dia berbuat demikian. Rupa-rupanya, lelaki itu tidak tertarik dengan perempuan sebaliknya dia meminati kaum sejenis.

Suami suka kaum sejenis?

Lebih mengejutkan apabila rakannya itu mendedahkan dia baru dua kali melakukan hubungan badan dengan suami meskipun sudah tiga bulan berkahwin.

Dia kemudian beritahu, dia dan suaminya baru dua kali berhubungan intim sepanjang tiga bulan berkahwin. Suaminya selalu bagi alasan penat.

Aku kemudian suruh kawan aku memeriksa aplikasi khas buat kaum lelaki. Ternyata benar, dia menemui sebuah akaun memaparkan gambar yang tidak senonoh dan lebih mengejutkan gambar tersebut dipercayai diambil di rumah yang didiami mereka.

Video yang dikongsikan telah mendapat lebih daripada 4 juta tontonan dan rata-rata netizen akui terkejut dengan kisah tersebut. Mereka turut menasihati orang ramai terutamanya individu yang belum berkahwin supaya mengenali pasangan terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.

@lee_yunita1990Kalo pacar kalian alim pastikan alim beneran, bukan kamuflase doank 😊 Semoga buat pelajaran ya sis ❤️

♬ suara asli – Yunita Lestari

Baca Lagi:
Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 hingga RM30,000 secara ‘One-Off’ sebelum Aidilfitri
Ibu tunggal satu anak sanggup redah hujan naik motosikal demi Menu Rahmah
Anak cacat kekal terkena asid punca jiran atas, ibu kesal disuruh tarik balik laporan polis
CATEGORIES