Wanita bawah umur dirogol, keluarga mangsa tarik balik ‘report’ polis sebab perogol mahu bertanggungjawab. Masalah sosial dalam kalangan remaja hari ini membangkitkan kebimbangan dalam masyarakat, terutamanya di kalangan ibu bapa.
Di platform X, seseorang individu berkongsi kisah tentang adik perempuannya yang mengandung anak di luar nikah selepas terlanjur dengan seorang lelaki.
Menurut pengadu berusia 24 tahun itu, dia dan keluarganya buntu kerana adiknya masih remaja di bawah umur.
“Adik saya masih di bawah umur, dan pasangan juga masih di bawah umur. Sudah mengandung selama tiga bulan. Ingin berkahwin tetapi undang-undang baru di bawah umur 18 tahun tidak membenarkannya.
“Ibu bapa saya sangat tertekan, ada sesiapa yang tahu penyelesaian yang lebih baik? Kami tidak mempunyai rancangan untuk menggugurkan kandungannya.
“Saya sudah membawa adik pergi ke klinik, sudah ada ubat tetapi ibu bapa saya menentang idea untuk menggugurkan. Mereka tidak mahu berdosa,” katanya.
Menurut pengadu, keluarganya telah menarik balik laporan polis yang dibuat kerana mereka ingin lelaki tersebut bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku.
“Sekarang saya buntu. Lelaki itu anak yatim piatu, dia sudah bekerja. Kami telah membuat laporan polis tetapi ditarik balik kerana dia berjanji untuk bertanggungjawab. Saya kasihan kepadanya, itulah sebabnya tidak mahu dia dihukum penjara,” katanya lagi.
Walaupun ada cadangan untuk menyatukan kedua remaja tersebut, pengadu mengatakan dia tidak yakin bahawa keputusan itu akan mengakhiri kemelut dalam keluarga mereka.
“Aku rasa macam menentang perkahwinan mereka, sebab kedua-dua mereka tidak benar-benar bercinta. Jadi saya syak perkahwinan mereka tidak akan bertahan lama. Tapi ayah mahu lelaki itu bertanggungjawab.
“Daripada menghantar dia ke rumah kebajikan, lebih baik jaga dia terus. Lagipun adik ini memang mempunyai masalah dan menjadi beban besar untuk keluarga,” ceritanya lagi.
Perkongsian tersebut juga menarik perhatian netizen yang memberi pendapat untuk menyelesaikan masalah antara kedua-dua remaja tersebut.
“Jangan kahwinkan adik kamu dengan budak lelaki itu, nanti hidup adik makin hancur. Hantar adik ke pusat perlindungan remaja wanita, ada banyak pusat yang boleh membantu.
“Bawa dia ke pusat perlindungan wanita. Mereka akan menjaga adik sehingga dia melahirkan anaknya. Anak luar nikah itu akan ada ibu bapa angkat yang sudah bersedia untuk menjaga jika pihak ibu kandung memberikan izin.
“Di bawah umur 18 tahun masih boleh kahwin tetapi prosesnya agak panjang. Pergi rujuk pejabat agama, kau akan tahu prosedurnya.
“Boleh kahwin dengan izin mahkamah syariah,” tulis beberapa netizen di X.