
Wanita ada 30 penyakit personaliti yang jarang dijumpai, pukul rakan hingga pecah darah satu muka
Wanita ada 30 penyakit personaliti yang jarang dijumpai, pukul rakan hingga pecah darah satu muka. Baru-baru ini tular sekali lagi di laman Twitter dimana seorang gadis yang mempunyai 30 personaliti dipercayai bertindak kasar dengan menampar dan memukul rakannya.
Video yang berdurasi 15 saat itu dikongsi sendiri oleh mangsa yang dikenali sebagai Meera menerusi story Instagram dan kini telah menjadi tular di laman media sosial Twitter.
Mangsa juga berkongsi pengalaman yang mengerikan dimana dia juga pernah dicekik sehingga pecah darah satu muka. Dan sering mengalami kecederaan di bahagian muka akibat sering dipukul.
Menerusi perkongsian di Twitter, rata-rata netizen bersikap tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh gadis tersebut yang dikatakan menghidapi penyakit mental yang dikenali sebagai Dissociative Identity Disoder (DID). Sakit bukanlah satu tiket untuk mencederakan orang lain.
Menerusi laman Instagram Meera, dia sangat bersyukur kerana telah mengambil tindakan dengan meninggalkan dan menyekat rakannya itu di semua platform sosial medianya. Dia juga berharap agar semua boleh mengambil iktibar dan kesedaran melalui kisahnya ini supaya meninggalkan hubungan yang tidak sihat.
Untuk maklumat, gadis yang mempunyai penyakit Dissociative Identity Disoder (DID) ini pernah diwawancara rancangan televisyen, NONA oleh kerana dia mempunyai 30 penyakit personaliti yang jarang dijumpai dari pesakit mental yang lain.
Dulu viral sampai masuk NONA TV3 sebab ada DID katanya. Ada juga yang cakap dia bukan DID tapi DIY 🤔
So yang dia pukul anak orang ni alter dia yang mana satu?
Gangster betul! Mesti alter anak jantan ni. pic.twitter.com/xaYCXwACzg
— 🤎Arif E.🤎 (@arfdy12) August 11, 2023