‘Walaun’ sebar berita palsu di FB kena kompaun RM25,000

Photo of author

By Joe

‘Walaun’ sebar berita palsu di FB kena kompaun RM25,000. Seorang lelaki telah dikenakan kompaun sebanyak RM25,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kerana memuat naik kandungan palsu di Facebook berhubung dengan penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran tahun ini.

MCMC dalam kenyataan hari ini menyatakan bahawa individu tersebut dikenakan kompaun mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuat naik status di Facebook yang mengatakan bahawa majlis tahunan yang dianjurkan oleh kerajaan tidak diadakan tahun ini selepas dipengaruhi oleh pihak tertentu.

“Individu tersebut turut menggunakan perkataan yang menyentuh isu agama, raja, dan kaum (3R),” menurut kenyataan tersebut.

'Walaun' sebar berita palsu di FB kena kompaun RM25,000

MCMC menjelaskan bahawa Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 melarang pembuatan atau penghantaran komunikasi yang mengandungi maklumat yang lucah, jelik, atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain.

Sekiranya disabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali.

“MCMC mengambil berat terhadap penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi media sosial. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat,” menurut kenyataan tersebut.

MCMC juga mengingatkan orang ramai untuk tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan palsu atau tidak sahih.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati terhadap maklumat yang diterima dan sebaiknya merujuk kepada pihak berwajib atau sumber rasmi untuk pengesahan.

Baca Lagi:
Makcik kantin ‘bengang’ cikgu sailang perniagaan, jual makanan lebih murah dari kantin setiap hari di sekolah
“Suami suka perempuan seksi, kawan baik aku yang seksi jadi mangsa suami aku..”
“Nama di IC kekal sebab jaga aib”- Lelaki kerja ‘offshore’ baru tahu 4 dari 6 anak bukan benihnya