Waktu check in dan check out hotel Malaysia semakin mengarut! Ramai tak puas hati

Photo of author

By Joe

Waktu check in dan check out hotel Malaysia semakin mengarut! Ramai tak puas hati. Semakin ramai rakyat Malaysia kini meluahkan rasa tidak puas hati terhadap waktu daftar masuk dan daftar keluar di inap desa dan hotel tempatan, di mana tempoh pembersihan bilik yang dianggap terlalu lama menjadi punca utama.

Melalui sebuah hantaran TikTok oleh Zafri Halim, beliau menyatakan bahawa kebanyakan ‘homestay’ dan hotel mengambil masa yang terlalu lama untuk membersihkan bilik yang telah diduduki.

Bukan itu sahaja, waktu pembersihan ini menyebabkan tetamu terpaksa mendaftar masuk lambat tetapi perlu mendaftar keluar seawal pagi.

Waktu check in dan check out hotel Malaysia semakin mengarut! Ramai tak puas hati

“Bayangkan, waktu check-in kita kena sampai paling awal pun pada pukul 4 petang, ada yang 3 petang. Check-out pula ada yang pada 12 tengah hari, ada yang lebih awal iaitu 11 pagi. Jadi, kita hanya duduk di hotel ini untuk tidur dan sarapan sahaja. Hanya untuk bermalam.
“Saya faham memang ada waktu untuk tukang bersih kemaskan bilik, tapi takkanlah pembersihan itu mengambil masa sampai empat jam. Di negara lain, jangka masa pembersihan adalah lebih pendek. Tak perlu sampai empat jam,” jelasnya.

Beliau turut menyarankan agar pihak pengurusan hotel dan inap desa menyemak semula jadual pembersihan dan menyesuaikannya agar lebih fleksibel dan tidak menyusahkan tetamu.

Sementara itu, ramai pengguna media sosial yang bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh Zafri di ruangan komen hantaran tersebut.

“Betul tu, masa kita menginap di hotel atau ‘homestay’ memang pendek, tapi harga makin mahal,” komen Rasidah.

“Ada hotel yang kedekut mengambil pekerja seperti hotel bajet, seorang sahaja yang kemas bilik yang banyak. Sebab itu pembersihan lambat siap, jadi check-in ada yang lambat. Kemas seorang sahaja, pukul berapa nak siap. Saya cakap begini kerana dulu saya bekerja sebagai tukang bersih,” ujar Nolin.

“Betul, mengarut. Lebih baik bercuti di luar negara,” komen Azmi.

@zafri.halim Waktu Check In Dan Check Out Hotel Malaysia Semakin Mengarut! #hotelmalaysia #bercuti #checkin #checkout #malaysia #cuticutimalaysia ♬ original sound – Zafri Halim

Baca Lagi:
Wanita mahu solat dakwa dihalau oleh AJK masjid kerana sudah ‘lewat’ malam
Peniaga jual aiskrim Malaysia dengan ‘harga kayangan’ RM6 sebatang di kecam netizen
NASA dedah suara ngeri yang menakutkan dari lohong hitam