Wajah terkini Faisal Halim ketika sidang media. Setelah tidak muncul di khalayak selama lebih sebulan, pemain sayap Selangor FC dan Malaysia, Faisal Halim, mengadakan sidang media di Pusat Latihan Selangor FC, di sini hari ini.
Faisal, yang mengenakan kemeja Selangor FC dan bertopi, ditemani oleh Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, hadir di pusat tersebut kira-kira pukul 2.30 petang.
Kehadiran pemain yang dikenali sebagai Mickey tersebut adalah untuk memaklumkan perkembangan terkininya selepas diserang dengan asid sulfurik pekat oleh dua individu yang tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah di Kota Damansara pada awal Mei yang lalu.