“Wah, tak semua orang pandai guna”- Opah pantau kebun durian guna dron raih perhatian ramai

Photo of author

By Joe

“Wah, tak semua orang pandai guna”- Opah pantau kebun durian guna dron raih perhatian ramai. Penggunaan dron dalam bidang pertanian semakin popular di kalangan petani, pesawah, pekebun, dan pemilik ladang di Malaysia kerana ia membantu menyederhanakan proses penyemprotan racun, baja, dan benih pokok serta buah-buahan.

Namun, tidak semua orang mahir mengendalikan teknologi tinggi ini. Terdapat seorang nenek yang mampu menggunakan dron untuk memantau kebun durian miliknya.

Gelagat opah memegang dron itu telah dikongsikan di TikTok oleh sitimuzainahmarju dan video tersebut telah meraih tontonan lebih 573K daripada pengguna TikTok.

"Wah, tak semua orang pandai guna"- Opah pantau kebun durian guna dron raih perhatian ramai

Dalam video yang berdurasi selama 30 saat itu, opah juga mengatakan dia menggunakan dron untuk pengurusan data atau data management kebunnya kerana menurutnya dunia kini sudah moden.

Opah juga turut mempromosikan pelbagai jenis durian yang ada di kebunnya seperti durian kunyit, durian paduka dan durian kucing tidur.

Rata-rata warganet yang kagum dengan kebolehan opah menggunakan dron dan ternyata usia bukanlah penghalang.

Wah, memang terbaik lah opah!

@sitimuzainahmarju Opah guna dron cek durian..ingat org muda je pandai guna kan#durianperakudohluroh#peminattegardurian#fypシ ♬ original sound – Mawar mewangi

Baca Lagi:
Lelaki umur 61 tahun rugi RM44,500 selepas layan ‘video call’ dengan wanita
3 jenis kereta paling popular tahun 80 an yang ramai orang tua dan muda guna
Tempah teksi pukul 3 pagi, penumpang kena bawa kereta, pemandu teksi tidur belakang