Viral video ibu cabul anak kerana wang. Video viral seorang ibu yang telah melakukan pencabulan terhadap anak kandungnya mengaku melakukan hal tersebut kerana dijanjikan wang.
Perhubungan Awam Polda Metro Jaya Kombes, Encik Ade Ary Syam Indradi memberitahu bahawa suspek telah dijanjikan bayaran wang berjumlah Rp 15 000 000 (RM 4,372.61) bagi membuat video tersebut.
Pada mulanya, suspek telah dihubungi oleh seseorang dengan nama akaun Facebook Icha Shakila pada 28 Julai 2023 jam 6 petang bagi menawarkan pekerjaan kepadanya. Pemilik akaun tersebut meminta agar suspek menghantar gambar bogel dirinya dan berjanji akan memberikan wang. Disebabkan oleh tekanan ekonomi, suspek telah menghantar gambar tersebut.
Pada 30 Julai 2023, pemilik akaun tersebut telah meminta suspek sekali lagi menghantar video dengan senario dan gaya mengikut permintaan akaun tersebut. Suspek telah mengikuti permintaan pemilik akaun tersebut dengan merekod video aksi lucahnya dengan anak kandungnya yang berumur 5 tahun.
Namun sayangnya, bayaran yang dijanjikan hanyalah tipuan belaka apabila pemilik akaun Facebook tersebut tidak membayar suspek dan juga tidak dapat dihubungi.
Ketika ini, pihak Polda Metro Jaya Kombes masih melakukan siasatan terhadap suspek.