Viral video ibu cabul anak kandung bawah umur ditahan

Photo of author

By Joe

Viral video ibu cabul anak kandung bawah umur ditahan. Polda Metro Jaya telah menahan seorang ibu (22) kerana telah melakukan pencabulan keatas anaknya sehingga video perbuatannya itu viral di media sosial.

“Suspek telah dipastikan sebagai tersangka di dalam kes penyebaran video yang mengandungi unsur pelanggaran kesopanan (pornografi) yang dilakonkan oleh seseorang dan melibatkan kanak-kanak di bawah umur,” kata Perhubungan Awam Polda Metro Jaya Kombes, Encik Ade Ary Syam Indradi ketika dihubungi, Isnin (3/6/2024).

Ketika ini, pihaknya masih melakukan siasatan terperinci terhadap tersangka.

Viral video ibu cabul anak kandung bawah umur ditahan

Diketahui aksi pencabulan itu berlaku pada 1 Jun 2024 di Jakarta Selatan. Seperti yang dipetik di TribunJakarta.com, aksi seorang ibu yang diduga telah mencabul anak kandungnya sendiri yang masih berumur 5 tahun menjadi kecaman di media sosial.

Perbuatan keji ini terbongkar apabila video tersebut telah beredar di platform media sosial seperti TikTok, Instagram dan aplikasi X. Akibatnya, warga maya telah mengecam perbuatan yang dilakukan oleh seorang ibu terhadap anak kandungnya. Malah, kanak-kanak itu dilihat terkencing akibat penderaan seksual yang dilakukan oleh ibunya. Didedahkan bahawa kanak-kanak itu telah memanggil nama ibunya ketika video itu dirakam.

Dikutip daripada akaun instagram @kabarbintaro, warga maya telah mengutuk perbuatan tidak bermoral itu. Mereka juga khawatir terhadap masa depan kanak-kanak itu.

Baca Lagi:
Pasangan kekasih memancing yang disangkakan ikan rupanya peti besi berisi wang hampir RM500,000
“Semuanya bermula ketika PKP”- Lelaki ini ada burung paling mahal di Malaysia berharga RM25,000
Rider salah hantar makanan daging babi, anak-anak dah termakan makanan tidak halal