Viral video ibu cabul anak, awalnya diminta berhubungan dengan suami. Pihak polis telah menjumpai fakta baru tentang kes cabul kanak-kanak bawah umur yang dilakukan oleh ibu kandungnya sendiri di Tangerang Selatan sehingga viral di alam maya.
Suspek dikatakan telah disuruh oleh seseorang melalui akaun facebook yang bernama Icha Shakila untuk merakam video lucah dengan bayaran sebanyak Rp 15 000 000 (RM 4,372.61). Namun demikian, suspek telah diminta untuk melakukan hubungan intim dengan suaminya.
Perhubungan Awam Polda Metro Jaya Kombes, Encik Ade Ary Syam Indradi berkata bahawa pemilik akaun Facebook (Icha Shakila) itu telah mengancam suspek untuk merekod dan menghantar video suspek melakukan hubungan intim dengan suaminya. Suspek menolak kerana ketika itu suaminya tiada di rumah, yang tinggal hanyalah suspek dan juga anak lelakinya yang berusia 5 tahun.
Akhirnya pemilik akaun Facebook Itu meminta suspek untuk melakukan hubungan badan dengan anaknya.
Tambahnya, kerana berasa terancam suspek akhirnya melakukan perbuatan keji tersebut.
Kronologi kejadian
Pemilik akaun Facebook Icha Shakila telah menawarkan pekerjaan kepada suspek pada 28 Julai 2023. Akaun tersebut telah meminta suspek untuk menghantar gambar bogel suspek dan berjanji akan membayar suspek.
Disebabkan oleh keperluan ekonomi, suspek telah menghantar gambar bogel suspek kepada akaun Facebook tersebut.
Seterusnya, pemilik akaun Facebook tersebut telah meminta suspek untuk menghantar video intim suspek dengan suaminya. Ketika itu, suspek memberitahu pemilik akaun Facebook itu telah mengancam untuk menyebarkan gambar bogel suspek jika suspek tidak mengikuti permintaannya.
Pada hari yang sama iaitu 30 Julai 2023, suspek mengikuti kemahuan pemilik akaun facebook itu untuk membuat video pornografi antara suspek dan anaknya yang berumur 5 tahun.
Namun, bayaran yang dijanjikan oleh pemilik akaun facebook itu tidak ditepati. Suspek tidak menerima sebarang bayaran dan juga akaun facebook itu tidak dapat dihubungi.
Suspek telah ditahan atas kesalahan Pasal 45 Ayat (1) Juncto Pasal 27 Ayat (1) Undang-Undang Nomor 1 Tahun 2024 tentang perubahan kedua UU Nomor 11 Tahun 2008 tentang Infomasi dan Transaksi Elektronik dan atau Pasal 29 Jo Pasal 4 Ayat (1) UU Nomor 44 Tahun 2008 tentang Pornografi dan atau Pasal 88 Jo Pasal 76 UU Nomor 35 tahun 2014 tentang perubahan UU Nomor 23 Tahun 2002 tentang Perlindungan Anak.