[VIDEO] Peniaga pasar malam terkejut terima ‘duit pelik’ berkepala dua dari pelanggan

[VIDEO] Peniaga pasar malam terkejut terima ‘duit pelik’ berkepala dua dari pelanggan

[VIDEO] Peniaga pasar malam terkejut terima ‘duit pelik’ berkepala dua dari pelanggan.

“Tengah berniaga tak perasan dapat duit pelik macam ini.”

Itu antara luahan pasrah seorang peniaga pasar malam yang terpaksa menanggung kerugian akibat tindakan pelanggan yang tersalah memberikan wang.

Pemuda terbabit yang dikenali sebagai Izzudin Radin mendakwa dia terlampau sibuk berniaga sehinggakan tidak menyedari dia sudah menerima wang RM10 yang pelik.

Menerusi video berdurasi 10 saat, Izzudin menunjukkan duit RM10 yang terkoyak itu dicantumkan dengan duit yang sama.

Walau bagaimanapun, Izzudin tetap bersangka baik dan menganggap itu adalah rezeki untuknya.

Perkongsian terbabit telah berjaya mencuri perhatian pengguna di laman sosial TikTok sehingga rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai reaksi di komen.

“Susah nak dapat duit dua berkepala,” komen seorang pengguna.

“Jarang-jarang dapat duit macam ini,” seloroh seorang pengguna lagi.

Terdapat pengguna media sosial yang bersimpati dengan nasib peniaga terbabit.

“Takpe bang, duit itu boleh ditukar di mana-mana bank yang berdekatan,” pesan seorang pengguna lain.

Baca Lagi:

Buat ‘content’ TikTok cabaran malaikat maut, remaja maut dirempuh lori

Viral Salon rambut tampilkan pekerja seksi diserbu polis

Pedang milik Salahuddin Al-Ayubi tertajam di dunia

CATEGORIES
TAGS