[VIDEO] Warga asing tunjuk isyarat lucah kepada anggota polis ketika malam merdeka dicekup

[VIDEO] Warga asing tunjuk isyarat lucah kepada anggota polis ketika malam merdeka dicekup

[VIDEO] Warga asing tunjuk isyarat lucah kepada anggota polis ketika malam merdeka dicekup.

Tindakan seorang lelaki menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis yang sedang bertugas mengundang padah apabila dicekup dalam kejadian di Lot 10, Bukit Bintang di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di hadapan pusat beli belah kira-kira pukul 12.15 tengah malam.

“Susulan itu, polis telah menahan serta membuka kertas siasatan ke atas suspek lelaki bukan warganegara yang berusia 39 tahun berkenaan.

“Lelaki terbabit kini direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Dellhan, polis menasihati orang ramai agar tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggar undang-undang di negara ini.

Baca Lagi:

Tular video pengadil kena serang sekumpulan penyokong di Stadium Mini Pasir Mas

Lipan gergasi ditemui di tapak perlombongan di Kuantan

Rosmah Mansor berhati syaitan!, Fazley Yaakod dan isteri dedah perbuatan terkutuk buat ramai netizen terkejut!

CATEGORIES