[VIDEO] Wanita terkejut ‘Pak Guard’ cerobah rumah, siap cas telefon

WhatsApp Image 2022 02 14 at 1.14.07 PM

[VIDEO] Wanita terkejut ‘Pak Guard’ cerobah rumah, siap cas telefon. Beberapa langkah keselamatan kediaman perlu diambil peduli ekoran banyak kejadian jenayah di luar sana terutamanya di kawasan perumahan walaupun mempunyai sistem kawalan sekuriti.

Sehubungan itu, pemilik rumah disarankan memasang sistem televisyen litar tertutup (CCTV) sebagai langkah penjagaan keselamatan rumah dan diri.

Menerusi perkongsian seorang pengguna, Yuyun Nissa di Facebooknya, dia menceritakan detik cemas yang dialaminya apabila seorang lelaki telah menceroboh masuk dan berkeliaran di dalam rumahnya.

“Nak dijadikan cerita pada 10 Februari lalu sekitar pukul 12.14 tengah malam, Yuyun tak smpai rumah lagi dan masih dekat luar dalam perjalanan nak balik dari pergi makan.

[VIDEO] Wanita terkejut 'Pak Guard' cerobah rumah, siap cas telefon

Baca lagi:  Angkara sikap cuai pemancing, lapan kucing tercekik mata kail

“Tiba-tiba dapat pemberitahuan menerusi aplikasi CCTV dari dalam rumah ‘motion detected’ asyik berkelip-kelip, dan saya terus buka tengok rakaman langsung CCTV,” tulisnya menerusi hantaran yang dimuat naik baru-baru ini.

Tambah Yuyun, lelaki tersebut merupakan pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan perumahannya.

“Allahuakbar sekali tengok ada seorang lelaki dalam rumah, lelaki tu macam familiar sangat, sekali tangok baju dia pakai rupanya pak guard perumahan Yuyun.

“Dia asyik berkeliaran dalam rumah naik turun tangga siap buka baju seluar semua dan sempat lagi dia WhatsApp Yuyun tanya dekat mana.

[VIDEO] Wanita terkejut 'Pak Guard' cerobah rumah, siap cas telefon

Baca lagi:  Sijil vaksin MySejahtera tak diiktiraf, pelancong Malaysia terkandas di Manila

“Motif dia bukan nak mencuri atau merompak pun, dia memang nak cari Yuyun dan ada niat yang tak baik,” katanya.

Sementara itu, wanita berkenaan segera bertindak menghubungi kakak dan abang iparnya yang tinggal di lorong bersebelahan untuk menjenguk keadaan rumahnya ketika itu.

“Kita terus cepat-cepat hubungi kakak dan abang ipar suruh pergi tengokkan rumah.

“Bila abang ipar sampai je rumah terus lelaki itu lari keluar rumah sampai tertinggal baju kerja di atas sofa,” ujarnya.

Baca lagi:  Dua beradik maut selepas makan sisa makanan dari tong sampah

Dalam pada itu, Yuyun memaklumkan laporan polis telah dibuat dan akhirnya lelaki berkenaan berjaya ditangkap.

Difahamkan, individu tersebut pernah terlibat dalam satu kejadian penyalahgunaan dadah dan motif pencerobohan masih di dalam siasatan pihak polis.

“Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, esoknya juga dia dapat ditangkap dan polis bagi tahu dia ada kes dadah,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.