[VIDEO] Ular masuk dalam telinga wanita, mulut ternganga

e7iegsm8 viewers were hooked to their screens for the suspenseful video 625x300 12 September 22 e1663073114312

[VIDEO] Ular masuk dalam telinga wanita, mulut ternganga.

Sebuah video mengerikan tular di media social memperlihatkan telinga seorang wanita dimasuki oleh seekor ular berwarna kuning dengan kepalanya terbonjol keluar.

Menerusi video tersebut, seorang pengamal perubatan dilihat cuba untuk mengeluarkan ular tersebut dari telinga pesakit itu, namun berdepan dengan kesukaran.

Memetik NDTV, pakar perubatan menggunakan pelbagai kaedah dan peralatan untuk mengeluarkan ular itu dari telinga pesakit wanita tersebut, namun kesudahan video tersebut tidak mendedahkan sama ada ular itu berjaya dikeluarkan atau pun sebaliknya.

[VIDEO] Ular masuk dalam telinga wanita, mulut ternganga

Salah seorang pengguna Facebook, Chandan Singh telah memuat naik video tersebut menerusi laman Facebook miliknya dengan kapsyen ‘Ular masuk ke dalam telinga’.

Difahamkan, video tersebut berjaya meraih lebih daripada 87,000 tontonan dan kira-kira 100 tanda suka. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen melahirkan rasa terkejut dan takut melihat klip rakaman itu disertakan dengan beberapa komen.

Walau bagaimanapun, ada juga yang menyuarakan rasa sangsi dengan keaslian video berkenaan. Sebahagiannya mendesak lelaki berkenaan memuat naik keseluruhan rakaman manakala yang lain mempersoalkan bagaimana ular itu berjaya masuk ke dalam telinga.

Ada juga yang mendakwa video tersebut adalah palsu dan hanya bertujuan untuk meraih jumlah tontonan yang tinggi.

Ular merupakan salah satu haiwan merbahaya hingga boleh menyebabkan kematian di dunia ini. Menurut penyelidikan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), gigitan ular telah menyebabkan antara 81,000 dan 138,000 kematian setiap tahun. Selain itu, ia juga telah merekodkan kira-kira tiga kali ganda lebih banyak komplikasi dan kecacatan kekal yang lain.

Baca lagi:

7 tasik popular yang semakin kering di seluruh dunia

Tular dakwaan Ratu Elizabeth II keturunan Nabi Muhammad, PU Rahmad cerita hal sebenar

Tidak rela dimadukan, isteri kelar kemaluan suami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *