Video tular dakwa sengaja tayang punggung, ini jawapan Janna Nick

Video tular dakwa sengaja tayang punggung, ini jawapan Janna Nick

Video tular dakwa sengaja tayang punggung, ini jawapan Janna Nick.

Pelakon Janna Nick, 27, menyelar tindakan segelintir blogger yang sering menggunakan tajuk sensasi demi memancing emosi hingga mengakibatkan dirinya sering menjadi mangsa kecaman netizen.

Meluahkan perasaan menerusi Instagram (IG) Story, beberapa jam lalu, Janna berkata, blogger perlu lebih bertanggungjawab dalam hasil kerja dan tidak sewenang-wenangnya menulis artikel yang boleh memalukan dirinya.

Video tular dakwa sengaja tayang punggung, ini jawapan Janna Nick

“Kadang-kadang saya tak faham dengan penulisan sesetengah blogger. Kalau ya pun nak tajuk kejar ‘clickbait’, pastikan sumber sahih dan tidak memanipulasi pemikiran pembaca.

“Jangan sampaikan benda salah. Orang kita pula sejenis baca tajuk sahaja,” tulis Janna.

Hantaran berbentuk luahan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 itu merujuk kepada beberapa artikel berkaitan video tular yang mendakwanya sengaja menayangkan bentuk pinggul ketika menghadiri majlis tayangan perdana filem Juang, baru-baru ini.

Video tular dakwa sengaja tayang punggung, ini jawapan Janna Nick

Janna atau nama sebenarnya, Nurul Janna Muner berkata, video itu dibanjiri komen lucah hingga mendapat perhatian blogger yang kemudiannya memanaskan lagi keadaan dengan menggunakan tajuk sensasi dalam artikel dikeluarkan.

“Video viral ini adalah rakaman peminat yang datang ke majlis tayangan perdana filem. Saya menoleh ke belakang untuk melambai dan mengajak mereka bergambar bersama. Bukannya saya sengaja nak tayang punggung,” ujarnya.

Penyanyi lagu Gatal itu turut meluahkan kekesalan apabila perbuatan itu dianggap cuba menarik perhatian ramai.

“Habis tu nak kena buat apa? Kasihan jadi perempuan. Semuanya nak dijadikan simbol seks.

“Kalau dah kambing pun kena rogol. Kalau memang jenis gatal, tengok buah epal pun bernafsu. Kamu gatal…gatal…gatal,” tempelak kekasih kepada pelakon Dini Schatzmann itu.

@asmida88 #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #jannanick #juang #ioicitymall ♬ Tiba-tiba (Speed Up) – Quinn Salman

Baca Lagi:

Pernah kahwin 5 kali, 3 janda dan 2 anak dara, akhirnya lelaki 52 tahun ini kahwin dengan gadis 17 tahun

Apa nasib rakyat marhaen? Bank dunia beri amaran! Ekonomi lebih kritikal tahun depan

Mee segera ada perisa “babi” tapi ada logo Halal

CATEGORIES