[VIDEO] Tayar kereta kena kunci kerana keliru petak parking, pelancong di Kota Bharu luah rasa kecewa dan marah…

[VIDEO] Tayar kereta kena kunci kerana keliru petak parking, pelancong di Kota Bharu luah rasa kecewa dan marah...

[VIDEO] Tayar kereta dikunci kerana keliru petak parking, pelancong di Kota Bharu luah rasa kecewa dan marah. Hairan, terkejut, marah dan geram. Itu perasaan keluarga pelancong selepas penguat kuasa secara tiba-tiba mengunci tayar kereta mereka yang diletak di pekarangan Kota Bharu Trade Centre (KBTC), di sini Ahad lalu.

Difahamkan, mereka meletak kenderaan di situ kerana menyangka ia petak parking tanpa menyedari ruang kosong tersebut sebenarnya petak untuk gerai yang bakal beroperasi pada sebelah malam sepanjang Ramadan nanti.

Usahawan dari Kedah, Ahmad Izaham Chik berkata, dia meletak kenderaan tanpa was-was selepas melihat terdapat petak ‘parking’ bertanda putih di situ sebelum membuat pembayaran di meter seperti biasa.

“Selepas 20 minit kita beli barang di Pasar Siti Khadijah, turun-turun kereta kita kena kunci tayar, alasannya ini bukan tempat parking, tetapi yang bertanda itu apa? Rupanya itu tanda tapak gerai pasar malam.

“Kita orang luar Kelantan, luar dari Kota Bharu mana nak tahu itu tapak pasar malam? Kita sangka itu tempat parking sebab ada meter dan tidak ada papan tanda menyatakan tayar akan dikunci jika letak kereta di situ.

“Alih-alih kena bayar kompaun untuk buka kunci tayar RM120. Kerajaan Islam tetapi perangai macam Yahudi,” katanya menerusi satu klip video pendek berdurasi 1 minit 53 saat yang tular selepas dikongsikan di Facebook dan aplikasi TikTok sejak dua hari lalu.

Sementara itu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf memberitahu Utusan Malaysia, petak itu adalah tapak niaga dikhususkan untuk Bazar Aidilfitri yang bakal beroperasi sepanjang Ramadan kelak.

Sehubungan itu kata beliau, tindakan mengunci tayar akan dilakukan terhadap mana-mana kenderaan di situ kerana melakukan kesalahan di bawah Perintah 6 Undang-Undang Kecil MPKB-BRI iaitu meletak kenderaan di luar petak yang sah.

“Hasil siasatan lanjut mendapati berlaku kekeliruan pada Ahad lepas terutama dalam kalangan pelawat luar kelantan yang tidak biasa dengan aturan letak kereta, menyebabkan mereka meletak kereta di dalam petak gerai.

“Sebagaimana kelaziman setiap tahun, penswastaan terhadap tapak tersebut dibuat bagi tujuan berniaga sementara. Petak berukuran 1.8 meter lebar serta bernombor itu dicat dengan warna putih bagi membezakannya dengan petak letak kereta yang bercat kuning. Kerja-kerja mengecat petak baru sahaja siap pada Sabtu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut Tuan Zainal Abidin berharap pemilik kenderaan supaya lebih peka kerana pihaknya sudah meletakkan papan tanda dilarang meletakkan kenderaan di kawasan berkenaan.

“Kita akui kawasan itu agak sesak dan susulan itu, MPKB-BRI segera menambah lima petak parking bercat kuning di kawasan sama untuk sementara waktu bagi kegunaan orang awam,” katanya.

Baca Lagi:

Warga emas didakwa wanita paling tua dalam dunia berumur 399 tahun masih hidup

Terkini !!! Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 – Ismail Sabri

Tersalah letak atau hilang barang “bacalah ayat ini”, Insyaallah dengan izin Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *