[VIDEO] #TangkapAzamBaki: Siti Kasim hadir beri sokongan

[VIDEO] #TangkapAzamBaki: Siti Kasim hadir beri sokongan

Peguam, Siti Zabedah Kasim atau dikenali sebagai Siti Kasim hadir bagi memberikan sokongan kepada himpunan mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditangkap serta-merta.

Beliau ketika ditemui berkata, pihaknya amat bangga dengan anak muda yang mengelola perhimpunan ini.

Katanya, himpunan ini amat patut diadakan kerana negara sudah disifatkan sakit selepas menggunakan agensi kerajaan untuk menghalang rakyat menyuarakan suara mereka.

“Adakah hanya kerana satu orang mereka patut gunakan agensi kerajaan (menghalang himpunan).

“Kita rakyat Malaysia mesti bangkit untuk lawan korupsi,” katanya.

Demontrasi jalan raya mendesak Ketua Pesuruhjaya itu masih lagi terkawal tanpa sebarang ptovokasi dengan mereka berarak menuju ke Brickfields sambil melaungkan slogan ‘Tangkap Azam Baki’.

Para peserta turut sama membawa kain rentang yang turut sama tertera slogan Tangkap Azam Baki dan imej Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.

 

CATEGORIES
TAGS