[VIDEO] Tak sempat nak selfie, rambut wanita ditarik Ungka di zoo

ditarik ungka 1536x1305 1 e1654871385795

[VIDEO] Tak sempat nak selfie, rambut wanita ditarik Ungka di zoo.

Sebuah klip video yang tular di media sosial Indonesia memaparkan senario rambut seorang wanita ditarik oleh seekor ungka ketika dia cuba berswafoto, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @fakta.indo.

Rakaman itu memaparkan seorang wanita berbaju merah dan putih berjalan bersendirian di sebuah zoo.

Dia kemudian berjalan ke arah kurungan seekor ungka berwarna hitam.

Wanita itu berdiri di hadapan kurungan itu lalu mengangkat telefonnya untuk berswafoto.

Namun, ungka bergerak menghampiri wanita itu lalu menarik rambutnya.

“Cerita lama berulang kembali,” demikian kapsyen pada video berkenaan.

Perakam video berkenaan yang pada awalnya ketawa kemudian panik melihat wanita itu berada dalam kesakitan.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Orang yang merakam video lebih panik,” tulis seorang netizen.

“Dan ia berlaku sekali lagi, kisah lama berulang kembali,” komen netizen lain.

Sebelum ini, seorang lelaki ditarik oleh seekor orang utan semasa menghampiri kurungan haiwan tersebut.

Baca Lagi:

Dah cari padah menyelit depan lori, selamba berhenti tengah jalan konon rakam bukti

Anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang dibunuh, ditemui semula selepas 40 tahun

Wanita dedah duit RM14,360 kena curi dalam bank tanpa TAC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *