Video Syamsul Yusof seru orang ramai viral cari ‘bangsat’ yang pukul pelajar tahfiz

Video Syamsul Yusof seru orang ramai viral cari 'bangsat' yang pukul pelajar tahfiz

Video Syamsul Yusof seru orang ramai viral cari ‘bangsat’ yang pukul pelajar tahfiz.

Pelakon dan pengarah tersohor, Syamsul Yusof dilihat berang apabila sebuah video tular di laman sosial, Instagram yang memperlihatkan seorang kanak-kanak tahfiz telah dilempang ketika berada di sebuah masjid oleh individu yang tidak dikenali.

Menurut Syamsul, menerusi hantaran video dilaman Instagram miliknya, beliau memohon agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera sebelum orang ramai di luar sana mengambil tindakan sendiri sehingga menyebabkan pertumpahan darah berlaku.

“Assalamualaikum… Maaf kalau video ini agak tak proper sebab agak sibuk sikit nak pergi kerja.

“Baru je tadi, tengok satu video, satu klip di mana saya tidak tahu dan tak pasti di manaatau apa sebenarnya yang berlaku. Tengok macam di masjid, di surau atau kelas agama, budak tahfiz pakai serban… dia pergi masuk buat kecoh dan cepuk budak tu.

“Yang tukang cepuk tu siapa? Ya Allah… Allahuakbar! Tolonglah pihak berkuasa, abang-abang polis ambil tindakan kepada bangsat ni!

“Sebelum orang Melayu, orang Islam mengambil tindakan sendiri atau boleh menyebabkan pertumpahan darah. Jadi, pihak berwajib ambil tindakan sewajarnya!

“Dia ingat dia hidup… dunia ni dia yang punya??” katanya.

Sementara itu, Syamsul juga dilihat memohon agar pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab mereka memberkas individu terbabit.

Bahkan, beliau sendiri sedar sebagai seorang muslim, tidak boleh mengambil tindakan secara melulu namun, tindakan tegas perlu diambil buat individu yang dilabelnya sebagai bangsat.

“Saya tahu dan faham apa yang ustaz-ustaz katakan… tak boleh ambil tindakan secara melulu tapi kami kena ambil tindakan dengan individu bangsat ni.

“Kami mungkin cap ayam, kami bukanlah orang yang soleh tapi kami masih ada iman… Kami tak boleh tengok benda-benda macam ni.

“Jangan salahkan kami kalau kami jadi syaitan… ada yang berdarah nanti kang… Allahuakbar!

“Bukan takat orang Islam je, mana-mana agama pun tak boleh buat macam ni. Allahuakbar… Bangkit Semua orang! “jelasnya.

Dalam hantaran sama, Syamsul juga berharap mana-mana rakan-rakan artis yang mempunyai pengikut yang ramai agar berkongsi dan menguar-uarkan perkara ini supaya sampai kepada pihak atasan.

Video Syamsul Yusof seru orang ramai viral cari 'bangsat' yang pukul pelajar tahfiz

Dikehendaki Suspek pukul ustaz dan pelajar Tahfiz.Diberitakan suspek ni berasal dari Jerantut dan hari ini dia pergi ke gathering RXZ member di Terengganu. Dia menggunakan kereta jenis 4×4 Isuzu Dmax .
No plate AGM 4666.

Jika terjumpa mohon hubungi balai polis dengan kadar segera.
Sebarkan .

Baca Lagi:

2 suspek kes pukul pelajar tahfiz ditahan, rupanya ini sebabnya..

Video lelaki mengamuk tak pakai baju pukul budak-budak tahfiz dalam surau mula tular

Selepas kecoh maki hamun, Diva AA terkena sihir, ini keadaan dirinya amat mengejutkan orang ramai

Leave a Reply

Your email address will not be published.