[VIDEO] Setahun tunggu peruntukan jalan, bapa sanggup angkat 3 orang anak ulang alik, tak nak kasut sekolah kotor

Untitled design 6 23 49 1

[VIDEO] Setahun tunggu peruntukan jalan bapa sanggup angkat 3 orang anak ulang alik, tak nak kasut sekolah kotor

Kasih ibu membawa ke syurga kasih bapa sepanjang masa.

Itulah ungkapan yang sesuai diberi melihat pengorbanan seorang bapa terhadap tiga orang anak angkatnya.

Menerusi perkongsian video berdurasi 49 saat, Reduan Duan di Facebook memaparkan, dia sanggup mendukung anak-anaknya bagi mengelakkan kasut mereka kotor di hari pertama persekolahan akibat daripada keadaan jalan yang kotor dan berlumpur.

[VIDEO] Setahun tunggu peruntukan jalan bapa sanggup angkat 3 orang anak ulang alik, tak nak kasut sekolah kotor

“Hari pertama sekolah tiga orang anak angkat ulang alik dah setahun tingal sini masih menungu peruntukan jalan.

“Beginilah sudah jadi ayah berkorban supaya kasut-kasut anak-anak tidak belumpur semoga anak-anak rajin menuntut ilmu,” tulisnya di Facebook.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Kampung Sungai Damit Tamparuli, Tuaran, Sabah.

Rata-rata orang ramai memberi pelbagai reaksi berdasarkan pengorbanan lelaki itu.

“Aduh bang, perlahan-perlahan jaga jatuh. Semoga anak-anak berjaya di masa hadapan dan ingat pada jasa orang tua mereka, Amin,” tulis Ann Adam Ayesha Aryan.

“Paling bagus bagi anak-anak pakai kasut but dulu sampai di atas jalan raya besar baru pakaikan kasut sekolah diorang.

“Kesian pula bapanya terpaksa ulang alik angkat anak dalam keadaan berlumpur itu,” tulis Memie Amat.

Sementara itu, Mat Akim meminta agar pihak berwajib maklum dengan masalah yang dihadapi penduduk kampung itu.

Baca Lagi:

Bentong Kali – Penjenayah paling digeruni tahun 90-an, hati kering dan tak takut mati!

Ini antara sebab kenapa lelaki tua semakin diminati berbanding lelaki muda…

Bapa durjana! Terlanjur dengan anak sanggup cerai isteri mahu kahwin dengan anak sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *