[VIDEO] Remaja maut terjatuh dari permainan “fun fair” setinggi 430 kaki

Capture

[VIDEO] Remaja maut terjatuh dari permainan “fun fair” setinggi 430 kaki.

Seorang remaja lelaki maut selepas tergelincir jatuh dari tempat duduknya ketika menaiki permainan ‘Orlando Free Fall’ setinggi 430 kaki di taman tema Icon Orlando.

Memetik daripada laporan Dailymail, identiti remaja tersebut masih belum dapat dikenal pasti kerana kecederaan yang dialaminya sangat teruk. Pekerja taman tema itu mendakwa mangsa tergelincir dan jatuh pada kelajuan 75 batu perjam.

Bagaimanapun menurut laporan, masih tidak jelas bagaimana remaja itu boleh terlepas dari ikatan tali pinggang kaledar dan terjatuh dari permainan tersebut.

Kata pekerja, mereka tidak menyangka kepingan ‘benda’ yang jatuh di kawasan taman tema ketika itu sebenarnya adalah penumpang yang tergelincir dan jatuh daripada salah satu permainan yang ada disana.

[VIDEO] Remaja maut terjatuh dari permainan "fun fair" setinggi 430 kaki

“Ketika itu, semua orang panik dan menjerit,” jelas pekerja taman tema Icon Orlando.

Menurut Polis Orange Country, mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk pengecaman.

Orlando Free Fall ini merupakan tarikan baharu di taman tema itu. Permainan ini baru dibuka pada Disember 2021 lalu dengan ketinggian 430 kaki dan boleh memuatkan seramai 30 orang. Ia akan berputar mengelilingi menara gergasi tersebut selama 3 hingga 4 minit dan turun dengan kelajuan 120km/j.

Bagaimanapun, pihak Icon Park masih belum mengulas tentang insiden ngeri yang berlaku itu. Pihak polis telah membuka siasatan berhubung kejadian tersebut.

Ini merupakan kemalangan maut kedua di taman tema tersebut. Pada 2020 lalu, seorang pekerja maut selepas tergelincir ketika melakukan kerja-kerja pembaikan di salah satu alat permainan yang ada.

Berdasarkan laporan, pekerja berusia 21 tahun itu dikatakan sedang melakukan pemeriksaan keselamatan pada permainan yang dikenali sebagai Orlando Starflyer. Mangsa maut selepas terjatuh pada ketinggian 200 kaki pada 14 September 2020 lalu.

Menurut saksi kejadian, mangsa mengalami serangan jantung semasa melakukan kerja-kerja pembaikan sebelum tergelincir jatuh dari menara tinggi itu.

Baca Lagi:

Suami pelik isteri enggan ‘bersama’ selepas berkahwin, rupanya jalin hubungan songsang dengan ustazah

Ayah rogol anak sendiri hingga maut sebab tak dapat tahan nafsu

Gara-gara belum vaksin, dua murid dihalau belajar di luar kelas

Leave a Reply

Your email address will not be published.