Video rakaman kes pergaduhan bersenjata di Kuala Ibai, Terengganu

Video rakaman kes pergaduhan bersenjata di Kuala Ibai, Terengganu

Video rakaman kes pergaduhan bersenjata di Kuala Ibai, Terengganu.

Polis menahan lapan lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan dengan menggunakan senjata di sebuah kedai makan dekat Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada 9 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, siasatan mendapati seramai 15 ke 20 orang dari dua kumpulan terlibat dalam pergaduhan terbabit.

Beliau berkata, polis tiba tempat kejadian dan mendapati pergaduhan telah selesai dan kesemua suspek melarikan diri.

“Pergaduhan dipercayai berpunca kerana perselisihan faham atas isu parkir kenderaan antara seorang penyewa rumah dengan pengawal keselamatan di perumahan tersebut masing-masing berbangsa Melayu pada pagi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, satu operasi telah djalankan dan polis kini giat mengesan beberapa suspek yang turut terlibat dalam kejadian terbabit.

@utusantvofficial AMARAN! Video dipaparkan mungkin mengandungi imej yang mengganggu emosi. Kejadian melibatkan 15 ke 20 orang. #fyp #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok ♬ original sound – UtusanTV

Katanya, kes kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Tegasnya, kejadian terbabit bukan berpunca dari isu perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan orang awam.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Rohaidy di talian 013-932 4302 bagi membantu siasatan.

Baca Lagi:

Lelaki maut ditetak, ditikam sekumpulan individu bersenjata

Macam drama ‘Money Heist’, perompak bersenjata bawa lari 20 kontena penuh dengan emas & perak

[VIDEO] Insiden pergaduhan di Padang Kota Lama bukan kerana ‘berebut pelanggan’.

CATEGORIES