[VIDEO] Pontianak muncul di tanah perkuburan

45B2DBA6 B420 4218 9388 EE3867A97BE9

Satu rakaman  video  memaparkan kelibat makhluk dipercayai pontianak di sebuah kawasan perkuburan menjadi tular di media sosial Indonesia dengan ramai pengguna menyifatkan video tersebut tulen dan menyeramkan, lapor program berita Liputan 6.

Berdasarkan video yang tular di TikTok itu, seorang lelaki pada awalnya, sedang melalui sebuah kawasan perkuburan dengan menunggang motosikal sambil merakam ke arah kubur tersebut

Secara tiba-tiba, kelibat makhluk bersaiz tinggi berpakaian serba putih dan berambut panjang dilihat berdiri di tanah  perkuburan tersebut dalam keadaan membelakangi lelaki berkenaan.

Lelaki itu kemudian beristighfar berulang kali kerana terkejut melihat kelibat makhluk dipercayai pontianak tersebut.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.

“Mujur masih ada lampu. Jika tidak, pasti sudah lupa jalan pulang,” kata seorang pengguna media sosial.

“Ini adalah video paling tulen yang saya pernah lihat,” kata seorang lagi netizen.

Leave a Reply

Your email address will not be published.