[VIDEO] Pengantin perempuan kena rasuk ketika bersanding, tiba-tiba menari dalam gaya pelik

[VIDEO] Pengantin perempuan kena rasuk ketika bersanding, tiba-tiba menari dalam gaya pelik

[VIDEO] Pengantin perempuan kena rasuk ketika bersanding, tiba-tiba menari dalam gaya pelik. Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang pengantin perempuan dirasuk ketika sedang bersanding di atas pentas, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @fakta.indo.

Rakaman menunjukkan sepasang pengantin baharu berada di atas pentas untuk bersalam dengan tetamu.

Pengantin perempuan secara tiba-tiba menari dalam gaya pelik sehingga terpaksa dipegang oleh suaminya dan seorang lelaki lain.

[VIDEO] Pengantin perempuan kena rasuk ketika bersanding, tiba-tiba menari dalam gaya pelik

Wajah wanita berkenaan kelihatan tegang dan tangannya kaku walaupun badannya sedang menari.

Dia seketika dilihat senyum lebar sebelum wajahnya kembali serius.

Beberapa tetamu kemudian menaiki pentas itu untuk membawanya turun sementara pengantin lelaki kekal untuk menyambut tetamu.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kasihan suaminya menanggung malu,” komen seorang netizen.

Baca Lagi:
Mesyuarat MKT UMNO malam ini jadi tumpuan selepas ‘TOP 5’ Umno bertemu petang tadi
Keluarga ejen kosmetik terkejut masih tak percaya diselamatkan, ini sebabnya..
Ejen kosmetik diculik ke Thailand sudah ditemui
CATEGORIES