[VIDEO] Penduduk gempar Rusa masuk bandar Jerantut

[VIDEO] Penduduk gempar Rusa masuk bandar Jerantut

[VIDEO] Penduduk gempar Rusa masuk bandar Jerantut. Penduduk dan pengguna jalan raya di sekitar bandar Jerantut gempar selepas seekor rusa tersesat masuk kawasan pinggir bandar Jerantut berdekatan Taman Koperasi di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, rusa setinggi kira-kira satu setengah meter berkenaan dipercayai terlepas daripada kandang pemiliknya sebelum berlari keluar ke jalan raya dan melintas di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerantut.

Seorang pengguna jalan raya yang mahu dikenali sebagai Mohd Najmi sempat merakam gambar rusa tersebut yang dipercayai sesat, kemungkinan terlepas daripada kadang pemiliknya.

[VIDEO] Penduduk gempar Rusa masuk bandar Jerantut

Mohd Najmi berkata semasa kejadian, dia yang baru pulang dari bandar Jerantut terkejut melihat haiwan itu muncul dan berlari di kawasan Taman Koperasi dan kemudian melintas jalan raya menghala ke SMK Jerantut.

“Saya tidak tahu dari mana haiwan ternakan ini terlepas dan siapa pemiliknya. Memandangkan saiz tubuhnya agak kecil dan tidak berlumpur, saya yakin haiwan ini bukan keluar daripada hutan dan sebenarnya rusa ini dipelihara,” katanya di sini hari ini.

Menurut pemuda yang berusia 28 tahun itu, ketika rusa berkenaan berlari ke arah jalan raya Jerantut ke Kuala Tembeling, kesemua pemandu memperlahankan kenderaan masing-masing kerana bimbang haiwan itu terkejut meluru ke arah kenderaan selain untuk merakamkan gambar.

Baca Lagi:
Zahid Hamidi dedah ada ‘seseorang’ selamatkan UMNO daripada diharamkan oleh Muhyiddin
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Shafiq Abdullah dipecat
Duit banyak simpan dalam stor, terpaksa panggil sekampung bantu tolong kirakan
CATEGORIES