[VIDEO] Pendaki terkejut salji turun di Gunung Kinabalu

[VIDEO] Pendaki terkejut salji turun di Gunung Kinabalu

[VIDEO] Pendaki terkejut salji turun di Gunung Kinabalu. Puluhan pendaki teruja menyaksikan fenomena salji di Gunung Kinabalu yang turun pada pagi tadi.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati beberapa klip video di kongsikan di laman Facebook dan juga Instagram oleh pengguna apabila keajaiban itu adalah antara perkara unik dan jarang berlaku sehingga menjadi bualan hangat orang ramai ketika ini.

Menerusi perkongsian @ivnurjonns, dia dan beberapa pendaki yang lain berasa teruja apabila salji mula turun dan membasahi kawasan puncak gunung berkenaan.

Katanya, ini adalah pengalaman kali pertama yang dilaluinya apabila merasai sendiri kehadiran salji di Malaysia.

“Ini kali pertama rasa salji turun,” katanya.

[VIDEO] Pendaki terkejut salji turun di Gunung Kinabalu

Sementara itu, pakaian yang dipakai oleh para pendaki juga telah dipenuhi dengan butiran-butiran salji.

Selain itu, seorang pengguna lain turut memuat naik video di Facebook berkongsi pengalamannya menikmati keindahan salji di sana.

Jelasnya, sebelum ini fenemona salji di Gunung Kinabalu lebih tertumpu di kawasan puncak, malah hari ini dapat dirasai sekitar kawasan gunung berkenaan.

“Sebelum ini dengar cerita tentang salji di puncak gunung, hari ini merasai sendiri salji di kawasan sekitar gunung, Alhamdulillah,” tulisnya menerusi hantaran di Facebook.

Menjengah ke ruangan komen video berkenaan, orang ramai turut tertarik dengan kejadian yang berlaku.

 

“Seronoknya dapat merasa keindahan salji, saya selalu tengok dalam filem sahaja,” ukar Fatin Hannani.

“Fenomena yang jarang berlaku, inilah keindahan ciptaan Allah, tiada yang mustahil setiap ciptaannya di dunia ini,” kongsi Muhd. Solihin

Baca Lagi:

Putin arahkan Pasukan Nuklear Rusia siap siaga

Pengawai polis berpangkat Inspektor Dang Wangi tembak diri sendiri

TMJ Janganlah bersara. ‘Satgi’ saya tak ada saingan’ – Sanusi

 

 

CATEGORIES