[VIDEO] Pemilik kedai emas berjaya dapat semula 2 beg emas yang disamun selepas kejar penyamun

kete

[VIDEO] Pemilik kedai emas berjaya dapat semula 2 beg emas yang disamun, selepas kejar penyamun. Seorang pemilik kedai emas mengalami detik cemas apabila disamun sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang di Stesen Minyak Shell Lama, Lukut di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihak polis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut kira-kira 10.15 pagi.“Mangsa seorang lelaki berusia 50 tahun yang merupakan pemilik kedai emas di pekan Port Dickson memaklumkan telah diserang lima lelaki bersenjatakan parang yang menaiki dua buah kenderaan.“Suspek telah menghalang dari arah hadapan dan belakang kereta milik mangsa semasa mangsa sedang memberhentikan kenderaan di stesen minyak tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa menaiki kereta Toyota Camry manakala suspek menaiki kereta jenis Honda CRV dan Perodua Myvi.

[VIDEO] Pemilik kedai emas berjaya dapat semula 2 beg emas yang disamun, selepas kejar penyamun

Menurut Aidi Sham, suspek telah mengambil tiga buah beg berisi barang kemas, sebuah telefon bimbit, wang tunai dan dokumen peribadi milik mangsa sebelum melarikan diri.

“Semasa suspek melarikan diri, mangsa telah mengejar kenderaan suspek dan menghimpit salah sebuah kereta suspek hingga menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas di bahu jalan.

“Mangsa kemudiannya telah berpatah balik namun suspek telah berjaya melarikan diri dan dua buah beg barang kemas yang dilarikan telah dijumpai semula di dalam kenderaan jenis Honda CRV berwarna hitam yang terbalik di hadapan deretan kedai tepi jalan Lukut,” katanya.

[VIDEO] Pemilik kedai emas berjaya dapat semula 2 beg emas yang disamun, selepas kejar penyamun

Jelas Aidi Sham, hasil semakan ke atas nombor casis Honda CRV tersebut juga mendapati kenderaan tersebut telah dilaporkan hilang dan disamun pada November 2021 di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Baca Juga : Welcome New World Order : Bank negara akan umum penerima lesen Bank Digital

Dituduh tipu cucuk vaksin anak KJ, jururawat tampil buat penjelasan

[VIDEO] Berang tidak diberi wang untuk beli dadah, lelaki tendang kepala bapa tiri

Cara cuci barang kemas nak nampak berkilat macam baru beli, hanya guna teh pekat saja…

Leave a Reply

Your email address will not be published.