Video pembaca berita tertelan lalat ketika bersiaran

Video pembaca berita tertelan lalat ketika bersiaran

Video pembaca berita tertelan lalat ketika bersiaran.

Seorang pembaca berita bagi saluran televisyen Global News Canada, Farah Nasser secara tidak sengaja tertelan lalat ketika berisaran langsung.

Namun, pembaca berita wanita itu tidak berasa jijik dengan insiden itu, malah turut bekongsi rakaman bagaimana dia boleh tertelan serangga perosak tersebut.

“Saya sengaja berkongsi rakaman ini kerana kita semua perlukan gelak ketawa untuk menghadapi hari-hari mendatang,” katanya dalam Twitter.

Ketika kejadian, Farah sedang membaca berita mengenai banjir di Pakistan.

Video pembaca berita tertelan lalat ketika bersiaran

Sedang asyik menyampaikan berita, Farah tiba-tiba terlihat seperti tercekik dengan dia terdiam seketika.

Kemudian, wanita itu menyambun kembali membaca berita seperti tiada apa yang berlaku.

Tidak lama kemudian, Fara berkongsi video dia tertelan lalat dalam media sosial dan tindakannya yang tidak melatah mendapat pujian orang ramai.

Kebanyakan pengguna media sosial menyifatkan Farah seorang yang profesional kerana masih mampu meneruskan membaca berita.

“Saya juga tidak sangka hal itu akan berlaku dan bagaimana lalat boleh terlepas masuk ke dalam studio.

“Tetapi, tidak mengapa kerana saya baik-baik sahaja selepas tertelan lalat,” katanya berseloroh.

Farah juga memaklumkan, sesiapa sahaja akan bertindak sepertinya, iaitu meneruskan bacaan berita kerana adalah lebih memalukan jika melatah di depan kamera.

Baca Lagi:

Sepasang suami isteri jumpa duit syiling emas tertanam bawah dapur bernilai RM1.3 juta, terus jadi kaya

Pulau Diego Garcia sudah ditawan oleh orang-orang Malaysia, apa sudah jadi?

Selepas viral 1 Malaysia mangsa MH370 masih hidup, akhirnya anak mangsa bersuara

Leave a Reply

Your email address will not be published.