Video Najib Razak dibawa ke penjara Kajang

Video Najib Razak dibawa ke penjara Kajang

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dibawa ke Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atasnya.

Sumber berkata, buat masa ini Najib dibawa terus ke Penjara Kajang dari Istana Kehakiman di Putrajaya.

“Pihak kawalan polis sudah bersiap sedia membawa Najib ke Penjara Kajang.

Video Najib Razak dibawa ke penjara Kajang

“Setakat ini, belum dapat diputuskan sama ada Najib akan dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh dalam masa terdekat,” katanya kepada BH, hari ini.

Pergerakan membawa Najib dilakukan oleh pasukan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bagi penugasan kawalan dan lalu-lintas, Pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) dan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Pihak media dilaporkan sudah membanjiri pintu masuk Penjara Sungai Buloh, bagi menunggu konvoi membawa Najib dari Putrajaya.

Najib didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Baca Juga :

Ini luahan kecewa dari anak perempuan Najib selepas keputusan ayahnya di penjara

Terkini : Najib Razak sah ke penjara

Peguam ini kongsi pengalaman bagaimana bank buat kesilapan dan akhirnya disaman tiga kali ganda

CATEGORIES