[Video] Menyedihkan! Penduduk terpaksa usung jenazah dalam air sungai sebab tiada jambatan

[Video] Menyedihkan! Penduduk terpaksa usung jenazah dalam air sungai sebab tiada jambatan

[Video] Menyedihkan! Penduduk terpaksa usung jenazah dalam air sungai sebab tiada jambatan. Lantaran tiada jambatan, penduduk di sebuah perkampungan di Indonesia terpaksa membawa jenazah di dalam keranda mengharungi arus sungai untuk dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak di seberang sungai.

Memetik laporan Tribunnews, sebuah rakaman video menunjukkan aksi penduduk kampung menyeberangi sungai beramai-ramai sambil membawa keranda jenazah baru-baru ini v!ral di media sosial.

[Video] Menyedihkan! Penduduk terpaksa usung jenazah dalam air sungai sebab tiada jambatan

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Dusun Gorenkalor yang terletak di Gersik, Jawa Timur.

Jenazah yang dibawa itu pula dikenali sebagai Kasti, yang meninggal pada 2 Disember lalu akibat sakit yang tidak nyatakan. Menurut Ketua Kampung, Mochammad Suhaidi, jenazah Kasti sebenarnya boleh saja dikebumikan dikampung dia meninggal dunia.

Namun keluarganya mahu agar jenazah disemadikan di tanah perkuburan seberang sungai yang menempatkan sebahagian besar kaum kerabat Kasti. Justeru atas sebab itulah jenazah terpaksa dibawa menyeberangai sungai untuk dikebumikan.

Menurut Suhadi lagi, kejadian seumpama itu merupakan perkara biasa yang dilalui penduduk kampung tersebut setiap kali berlaku kematian.

Dalam keadaan biasa, penduduk kampung boleh menyeberangai sungai sambil menyusung keranda jenazah seperti biasa.

Keadaan menjadi sukar dan sedikit berbahaya ketika musim tengkujuh, namun penduduk mempunyai cara tersendiri untuk membawa jena.zah sampai ke seberang tanpa perlu dihanyutkan.

Katanya lagi disebabkan penularan C0VID-19, dana yang diperuntukkan untuk membina jambatan di kampung itu juga terpaksa digunakan bagi tujuan lain, sekali gus membantutkan lagi usaha pembinaan kemudahan tersebut.

Baca Lagi:

Gempar !! Batu meteorit bernilai RM546,899 ditemui

[VIDEO] Seorang lelaki alami detik cemas apabila ular tedung masuk kedalam seluar ketika tidur

Anak ‘tertinggal’ ketika bertukar giliran memandu

CATEGORIES