[VIDEO] Majlis sambutan hari lahir gempar, lubang tiba-tiba muncul ‘sedut’ enam wanita ligat menari

[VIDEO] Majlis sambutan hari lahir gempar, lubang tiba-tiba muncul ‘sedut’ enam wanita ligat menari

[VIDEO] Majlis sambutan hari lahir gempar, lubang tiba-tiba muncul ‘sedut’ enam wanita ligat menari. Satu majlis sambutan hari lahir yang diadakan di Brazil bertukar bencana selepas sebuah lubang tanah jerlus muncul dan ‘menyedut’ beberapa penari wanita ke dalamnya, lapor akhbar New York Post semalam.

Rakaman kejadian tular di internet.

“Kami sedang menari tepat di atas lubang itu dan jatuh tepat di dalamnya,” kata salah seorang mangsa, Epilator Gabriela Carvalho, 38, kepada agensi berita CEN.

[VIDEO] Majlis sambutan hari lahir gempar, lubang tiba-tiba muncul 'sedut' enam wanita ligat menari.

Kejadian berlaku ketika Carvalho bersama rakan-rakannya meraikan hari lahir seorang rakan lain di rumah neneknya di bandar Alagoinhas, Brazil.

Carvalhi bersama beberapa tetamu menari mengikut rentak lagu popular Portugis, Tem Cabare Essa Noite apabila tanah mula runtuh di bawah kaki mereka.

Lubang tanah jerlus itu muncul sebelum tetamu sempat bertindak balas lalu menelan enam wanita.

Mereka berjaya diselamatkan tanpa mengalami kecederaan teruk kecuali luka kecil dan lebam.

Kejadian itu dikatakan aneh kerana keluarga itu pernah beberapa kali mengadakan acara di lokasi tersebut tanpa mengalami apa-apa kejadian buruk.

Beberapa pekerja dikerahkan membaiki lubang itu supaya tidak mengganggu majlis seterusnya.

Baca Lagi:

[VIDEO] Perompak terjun sungai dikepung penduduk kampung

KSU KDN, KP Imigresen sibuk main Golf, 10 ribu warga Bangladesh sampai di KLIA tak terurus

Budak lelaki kritikal diliwat sepupu sendiri, alat sulit disumbat dengan batang kayu

CATEGORIES