[VIDEO] Macam air terjun, 6 kereta rosak ditimpa tangki air pecah

[VIDEO] Macam air terjun, 6 kereta rosak ditimpa tangki air pecah

[VIDEO] Macam air terjun, 6 kereta rosak ditimpa tangki air pecah. Sebanyak enam buah kereta milik penghuni sebuah pangsapuri di Taman Mas di sini, rosak teruk setelah ditimpa serpihan tangki air yang pecah dalam kejadian malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku apabila sebuah tangki air di blok pangsapuri itu pecah menyebabkan serpihan tangki bersama bekalan air menghempap kenderaan.

“Dalam kejadian pukul 7.15 malam di Blok A, Apartment Penaga Mas itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan sebaliknya hanya berlaku kerosakan harta benda.

“Ketinggian tangki air berkenaan dianggarkan berada pada kedudukan 18 meter,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

[VIDEO] Macam air terjun, 6 kereta rosak ditimpa tangki air pecah

Jelas beliau, susulan kejadian tersebut, bekalan air telah mencurah ke atas kereta yang diletakkan di kawasan parkir disertai dengan sepihan tangki air yang pecah.

“Kami dimaklumkan bantuan lori air bersih dari Syarikat Pengurusan Air Selangor sudah dihantar untuk keperluan penghuni 172 unit pangsapuri yang terjejas,” ujar beliau.

Tambah Wan Kamarul Azran, pihaknya turut menasihatkan pemilik kenderaan yang terjejas supaya hadir ke Balai Polis Putra Perdana untuk membuat laporan bagi memohon tuntutan insuran kenderaan.

Baca Lagi:
Lebih 40,000 peniaga burger di Malaysia bakal gulung tikar
Pam nozel minyak laju-laju akan kurangkan minyak masuk tangki? Ini penjelasan Pakcik Shell
Pelanggan minta nasi lemak lauk macam-macam, tapi mahu bayar 50sen je.. Akhirnya ini yang terjadi kepada penjual nasi lemak
CATEGORIES