Video lelaki panik tangan tersangkut di jaring kandang harimau, sekali ini yang jadi

Video lelaki panik tangan tersangkut di jaring kandang harimau, sekali ini yang jadi

Video lelaki panik tangan tersangkut di jaring kandang harimau, sekali ini yang jadi. Kebelakangan ini banyak sangat kes melibatkan kecederaan oleh kerana memasukkan anggota badan ke dalam sangkar haiwan.

Terdapat kes di mana lelaki putus jari apabila cuba mengacah singa kerana ingin mengagumkan orang ramai bahkan ada juga video tular yang menunjukkan seorang lelaki ditarik Orang Utan dan hampir digigit kerana memasuki kawasan ‘No Entry’ itu.

Sama juga seperti kisah yang tular ini, dimana jari seorang lelaki hampir putus setelah memasukkan tangan ke dalam kandang harimau curi perhatian ramai.

Video lelaki panik tangan tersangkut di jaring kandang harimau, sekali ini yang jadi

Menerusi video yang dimuat naik oleh UtusanTv di TikTok tersebut, dapat kita lihat seorang lelaki di Pakistan panik selepas tangannya tersangkut pada sangkar harimau.

Pada awalnya, dia dilihat sengaja memasukkan tangannya melalui besi sangkar itu, kononnya untuk menyentuh harimau tersebut.

Malah dia juga teragak-agak untuk memasukkan tangannya namun tetap memberanikan diri menyentuh haiwan berkenaan.

Namun situasi menjadi cemas apabila tangannya tersangkut pada sangkar harimau dan riak wajahnya juga berubah seperti sedang takut.

Bagaimanapun, mujur harimau di dalam sangkar hanya duduk ‘bersantai’ dan tidak mengendahkan ‘kewujudannya’ di situ bahkan tiada sebarang kecederaan yang berlaku.

Haa… nak tengok macam mana tangan lelaki tu boleh tersangkut? Korang boleh tengok video kat bawah ni.

Lihat video

@utusantvofficial Reply to @startinkerbell . Kalau gini cuak dak 🤣🤣🤣. Kejadian di Pakistan. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #TrendingNewsMalaysia ♬ original sound – UtusanTV

Berikut merupakan komen daripada netizen yang turut cuak melihat kejadian tersebut:

Kalau harimau tu pun sama nak main, silap haribulan mahu hilang tangan lelaki tu. Fuhh nasib baik lah.

Trauma habis tu sampai tengok kucing pun teringat. Itulah sapa suruh main kat situ.

Kan… nasib baik harimau tu tengok kat tempat lain. Harimau tengah lepak elok-elok tu rasanya mesti dah kenyang.

Jantung auto laju mengalahkan atlet lari pecut. Entah macam mana lah tangan dia boleh tersangkut kat situ kan, min pun musykil gak.

Nasib baik dapat keluarkan. Sangkut kejap je. Buatnya sangkut lama memang nahas lah kan.

Korang kalau pegi tengok haiwan kat zoo ke apa ke, jangan lah buat benda bukan-bukan demi content. Nanti tak pasal-pasal cedera, siapa nak tanggung.

k12 1

k13

Baca Lagi:
‘Tak senonoh perangai’, wanita kantoi kencing depan kaunter pejabat Kastam
Suspek skandal 1MDB dan SRC International dicekup selepas 6 tahun larikan diri
Lelaki umur 40 tahun jadi pemenang loteri terbesar dalam sejarah Malaysia RM69.6 juta
CATEGORIES