(VIDEO) Lelaki kencing di atas kubur bekas isteri hampir setiap hari selama 48 tahun

(VIDEO) Lelaki kencing di atas kubur bekas isteri hampir setiap hari selama 48 tahun

(VIDEO) Lelaki kencing di atas kubur bekas isteri hampir setiap hari selama 48 tahun.

Seorang lelaki di New York dirakam membuang air kecil di atas kubur bekas isterinya hampir setiap hari selepas 48 tahun mereka bercerai, lapor akhbar Daily Star semalam.

Lindo Louise Torello meninggal dunia akibat kanser pada 2017 ketika berusia 66 tahun. Dia dikebumikan di sebuah tanah perkuburan dekat Gereja Reformasi Tappan di Orangetown, New York.

Anak lelakinya, Michael Murphy, 43, memuat naik rakaman kejadian di Facebook dengan menjelaskan bahawa seorang lelaki datang ke kubur ibunya hampir setiap hari dengan meninggalkan beg berisi najis.

(VIDEO) Lelaki kencing di atas kubur bekas isteri hampir setiap hari selama 48 tahun

Video itu memaparkan aksi seorang lelaki keluar dari sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), berjalan ke kubur, membuka seluar dan membuang air kecil.

“Ini menghancurkan hati saya. Seorang lelaki dari daerah Bergen New Jersey meninggalkan najis dan air kencing di atas batu nisan ibu saya hampir setiap pagi seperti rutin biasa.

“Tiada seorang pun dalam keluarga saya yang menghubunginya sejak 1976.

“Saya tidak pasti bagaimana dia menemui tapak kubur ibu saya. Tetapi ini berpunca daripada masalah hampir 50 tahun lalu,” demikian kapsyen pada hantaran tersebut.

Murphy berkata, dia terkejut pada suatu hari apabila melihat seorang lelaki yang pernah berkahwin dengan ibunya dalam tahun 1970-an, tiba bersama isteri baharunya yang sering menunggu di dalam kereta.

Dia membuat keputusan untuk membuat intipan selepas beberapa kali menemui beg berisi najis pada kubur ibunya.

Polis bagaimanapun memberitahu Murphy bahawa tidak banyak yang boleh mereka lakukan kerana tiada ancaman khusus mengenai keganasan fizikal. Murphy kini cuba mengemukakan aduan di hadapan seorang hakim.

Baca Lagi:

Terdetik hati nak pulang ke rumah ambil barang tertinggal, isteri hairan kereta suami masih ada bila intai bilik terkejut besar

Dua remaja kantoi berzina, lari terlanjang bogel selepas kena serbu

Madrasah maha zalim, mangsa dedah 20 jenis penderaan dilakukan, no 18 dah melampau!

CATEGORIES