[VIDEO] Lelaki bergayut di jambatan rampas telefon penumpang keretapi yang sedang bergerak

[VIDEO] Lelaki bergayut di jambatan rampas telefon penumpang keretapi yang sedang bergerak

[VIDEO] Lelaki bergayut di jambatan rampas telefon penumpang keretapi yang sedang bergerak.

Macam Spiderman!

Itulah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan tindakan seorang pencuri yang bergayut di atas sebuah jambatan sambil mencuri telefon bimbit seorang penumpang kereta api yang sedang merakam pemandangan.

Memetik laporan India.com, insiden berkenaan sempat dirakam penumpang lain yang difahamkan adalah rakan kepada mangsa kecurian. Kejadian terbabit difahamkan berlaku semasa kereta api Inter City Express melalui Jambatan Rajendra Setu yang menghubungkan Patna dan Begurasai.

Pada awalnya, mangsa, Sameer Kumar sedang merakam permandangan Sungai Ganga menggunakan telefon bimbitnya. Ketika mangsa sedang duduk bercangkung di tepi pintu untuk merakam permandangan, tiba-tiba telefon bimbit mangsa hilang dari tangan.

Kalau dilihat menerusi video pun, memang tak nampak apa yang jadi. Tau-tau je mangsa dah terpinga-pinga sebab telefon bimbit dah tiada di tangan.

Walau bagaimanapun, menerusi slow motion, dapat dilihat rupanya ada orang yang tergantung di jambatan terbabit dan dia hanya menunggu masa yang sesuai untuk merampas telefon bimbit yang dipegang mangsa.

Ternyata, ia bukanlah kejadian satu dalam seribu kerana difahamkan, Jambatan Rajendra Setu itu memang menjadi ‘port’ penjenayah untuk mengikat diri mereka dengan tali sambil menunggu kereta api lalu untuk mencuri telefon bimbit mana-mana penumpang.

Kalau korang nak tahu, sumber juga mengatakan setiap hari memang terlalu banyak kes kecurian seperti yang dialami Sameer Kumar.

Baca Lagi:

Wanita dedah duit RM14,360 kena curi dalam bank tanpa TAC

Dah cari padah menyelit depan lori, selamba berhenti tengah jalan konon rakam bukti

15 rakyat Malaysia cedera di Muzdalifah, bas terbabas

CATEGORIES