[VIDEO] Laungan tolak wahabi oleh sekumpulan lelaki ‘menggegarkan’ forum dihadiri Dr Maza di Kelantan

1798906

[VIDEO] Laungan tolak wahabi oleh sekumpulan lelaki ‘menggegarkan’ forum dihadiri Dr Maza di Kelantan.

Laungan tolak wahabi oleh sekumpulan lelaki ‘menggegarkan’ forum harta yang batil dan kesan terhadap masyarakat yang dihadiri oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di sebuah masjid di Kampung Pulau Gajah pada Isnin.

Rakaman video yang menunjukkan tindakan sekumpulan pemuda menimbulkan rasa kurang senang terhadap forum tersebut mengundang kritikan selepas ia tular dalam kalangan warganet.

Selain Mohd Asri, forum tersebut turut menampilkan ahli panel iaitu Profesor Madya Dr Muhamad Rozaimi Ramli dan Mohd Nazim Mohd Nor.

Bagaimanapun, majlis tersebut tidak berlangsung selepas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) membatalkan program itu.

Pembatalan itu selaras dengan Seksyen 117 Mengajar Tanpa Kebenaran oleh daripada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Surat tersebut dikeluarkan oleh Jaheik pada 2 Jun 2022 dan ia kemudian tular di laman sosial Facebook.

Baca lagi:

Ahli perniagaan tersilap buang plastik hitam berisi duit RM90,000, diangkut lori sampah

Isteri orang dicekup khalwat di hotel, alasan nak pergi kelas senam aerobik

Pelumba basikal secara tak sengaja rempuh isteri di garisan penamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *